Realisasikan Perkahwinan Anda Di Felda Villa

feldaAssalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai tempat perkhawinan yang menarik dan berpatutan di Kuala Lumpur.

Jika sebelum ini semua sudah melihat perkongsian saya mengenai makanan yang disajikan di Restoren Felda D’Saji KL Titiwangsa, (boleh lihat di Instagram dengan hashtag #PTxDSaji), memang menggiurkan segala bentuk makanan yang disediakan.

Disaji

Namun kali ini saya ingin berkongsikan pula mengenai Felda Villa iaitu destinasi atauapun tempat yang lain diuruskan oleh Felda D’Saji. Jika sebelum ini sebut sahaja Felda D’Saji pastinya anda semua sudah membayangkan segala bentuk makanan asli Malaysia yang enak-enak. Kalau tidak enak, mana mungkin rangkaian Felda D’Saji sampai ke luar negara dengan pembukaan Restoren mereka contohny Di Mekah.

Kali ini saya tidak ingin bercerita panjang mengenai masakan mereka namun apa yang ingin kongsikan ialah tempatnya Felda Villa ini untuk anda jadikan tempat berlangsungnya majlis anda. Tidak kiralah majlis resepsi, perkahwinan, bertunang, cukur jambul dan sebagainya. Sememangnya tempat ini adalah destinasi terbaik anda.

Berada betul-betul dipusat bandar menjadikan Felda Villa ini mudah diakses dan senang untuk dikunjungi. Jadi tidak menjadi masalah untuk semua pengunjung mencari tempat ini nanti. Rujuk peta di bawah untuk membawa anda meneroka ke Felda Villa ini.

Untuk maklumat anda juga, Felda Villa ini merupakan outlet pertama Felda D’Saji Restaurant & Cafe. Ia menyediakan pelbagai menu memenuhi citarasa anda untuk hari berbahagia anda. Tidak kira la majlis apa jua dan pastinya memenuhi selera anda semua.

Berkonsepkan majlis di dalam taman, Felda Villa dipenuhi segala tumbuh-tumbuhan yang merimbun dan dihiasi gemerlapan untuk tatapan setiap yang berkunjung ke sini. Jadi tidak hairanlah jika majlis anda akan jadi unforgettable moment in your life.

Felda Villa 1 Felda Villa 2

Selain itu juga, antara tarikan istimewa di sini ialah wakafnya. Untuk makluman, wakaf ini dibina daripada kayu Billion iaitu antara kayu yang terkuat di dunia. jadi ianya memang tahan lasak dan mampu untuk tahan dalam iklim hujan panas di Malaysia. Kewujudan wakaf ini akan lebih memeriahkan lagi majlis anda dengan dekorasi yang indah mempesona.

Jom kita saksikan sedikit sebanyak gamabr di sekitar Felda Villa ini.Felda villa 3 Felda villa 7 Felda Villa 8

Dengan hiasan taman ala-ala bali, sememangnya akan memukau mata memandang. Pintu pagar yang dibuat khas berkonsepkan bali juga menambahkan lagi susana ceria di Felda Villa ini. Selain itu juga, ada sungai buatan dan air terjun buatan disekitar Felda Villa untuk menambahkan lagi lanskap ketenangan di sini. Tenang dan mempesonakan. Ibarat berada di dalam hutan yang sunyi dengan deruan sungai dan air terjun. Oh! Kolam ikan juga ada dengan ikan berenang bebas di sini.

Selain itu juga, terdapat 4 buah banglo siap berpendingin hawa untuk dijadikan tempat majlis tertutup anda. Ya! Memang saya sebutkan banglo. Kalau anda ada private function bolehlah buat di dalam banglo ini jika tidak mahu buat di ruangan terbuka. Banglo-banglo ini diberi nama Persada Mutiara, Persada Intan, Persada Kristal dan Persada Delima.

Untuk pelbagai pakejr menarik untuk pelbagai majlis boleh didapati di laman web Felda Villa sendiri. (Rujuk di sini)

Felda Villa 6 Felda Villa 4 Felda Villa 5

Menarik bukan? Jadi jadikan hari bermakna anda dengan sesuatu yang menggembirakan diri anda dan tetamu. Semestinya kenangan indah akan menjadi buah mulut setiap orang dan akan menjadikan hari bahagia anda detik-detik yang bermakna buat semua.

Felda Villa sebagai destinasi, majlis anda  tetap diingati

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Felda D’Saji melalui medium di bawah.

Web: http://www.feldadsaji.com.my/

Facebook: https://facebook.com/feldadsaji

Telefon : 03-26988302

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Realisasikan Perkahwinan Anda Di Felda Villa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge