October 4, 2024
Lain-Lain

Seleksi Pembersih Muka DASHING

Asslamualaikum dan slaam sejahtera buat smeua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ngin saya kongsikan dengan anda semua mengenai rangkaian produk terbaru dari DASHING untuk jejaka Malaysia.

DSC01533

Untuk makluman semua, Dashing ada mengeluarkan produk pencuci muka khas untuk lelaki aktif. Terdapat 5 variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit pengguna. Aku juga tidak ketinggalan untuk mencuba rangkaian pencuci muka ini. Sebelum ini memang aku gunakan produk Dashing. Sebenanrya sebelum ini aku ingatkan Dashing ini jenama antarabangsa, namun rupanya ia produk lokal. Ohsem!

 

Baiklah jom kita berkenalan dahulu dengan jenis-jenis pencuci muka yang ada.

DSC01527

ICY FRESH: Dashing Icy Fresh mengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit. Ia memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas. Atasi kekeringan dan kick it cool seperti David Silva.

DSC01525

OIL CLEAR: Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan. Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan tengah, Vincent Kompany.

DSC01521

EXTRA WHITE: Dapatkan kulit putih dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri. Diformulasi bersama tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata. Ia turut dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.

DSC01523

ACNE FREE: ‘Tiada siapa lebih mahir menggelecek & menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!’ Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab bakteria. Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit!

DSC01529

WHITENING SCRUB: Siapa kata lelaki tidak dapat memiliki kulit berseri? Dashing Whitening Scrub diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata. Ia membantu membuka liang pori, menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam. Ayuh dapatkan kulit berseri seperti Kevin De Bruyne!

Jadi kalau aku nak pakai yang mana? Aku ni kulit agak sensitif sikit. Namun selalu sahaja kulit ni berminat. Kalau sentuh muka lepas lunch tu memang minyak obleh perah la jawabnya. Nak tak nak memang kena pakai yang oil control. sebab itu sahaja cara untuk mengawal rembesan sebum yang banyak daripada keluar.

Syukur lepas pakai Dashing ni minyak makin berkurang pula. Dan jerawat makin jarang menjengah muka aku ni. Agak-agak kalau pakai lebih lama makin flawless ke tidak? Kita nantikan.

Buat semua yang berminat untuk mendapatkan rangkaian pencuci muka Dashing ini bolehlah dapatkan di mana-mana pasaraya dan farmasi yang terpilih dengan harga hanya RM10.90 untuk 100g dan RM6.90 untuk pek 50g. Jom!

 

AM: Aku fikir Dashing ni jenama luar negara sebab kualiti dia memang ohsem.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Seleksi Pembersih Muka DASHING

  • Manchester City dan Dashing… memang sesuai dah tu…

    Reply
  • Icy fresh tu mesti best kan.. boleh segarkan muka sepantas mungkin

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *