Tempat Perkahwinan di Kajang, Kajang Perdana Avenue Menjadi Pilihan

Assalamualaikum dan salam sehjatera buat seua pembaca blog yang budiman sekalian. Pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua tempat yang menarik untuk anda kunjungi. Ops! kali ini bukan tempat pelancongan ya, tapi tempat untuk anda adakan majlis-majlis anda yang indah.

Majlis apa ya? semetinya majlis perkahwinan anda. Semua sedia maklum yang sekarang tanah sudah semakin pupus di Lembah Klang ini. Nak adakan majlis perkahwinan secara rewang tu jauh sekali. keterbatasan waktu tu satu hal, satu lagi memang tak ada tempat yang besar untuk majlis ini. Mana tidaknya nak pasang khemah bagai itu semua memerlukan kawasan yang semamngnya besar dan luar.

Kalau di Lembah Klang ni memang kita semua sedia maklum yang kekurangan kawasan atau halaman memang menjadi halangan untuk memastikan majlis perkahwinan anda begitu indah. Mana tidaknya kalau urmah teres di taman, kalau ada majlis je mesti sesak seluruh taman. Itu belum kira block jalan, sesak dengan jemputan. Memang menjadi buah mulut jiran tetangga. Majlis bahagia kita patutnya menjadi kenangan indah, menjadi buah mulut yang tidak elok pula.

Jadi sekarang memlihi tempat untuk melangsungkan majlis resepsi anda menjadi satu kemestian. Ini adalah untuk memastikan perjalanan majlis anda lancar dan tidak terganggu dengan apa jua halangan. Oleh sebab itu Felda D’Saji menambah satu lagi venue terabru untuk anda melangsungkan perkahwinan iaitu Kajang perdana Avenue. Tempat yang sememangnya strategik dan sesuai untuk majlis berbahagia anda.

Untuk makluman anda, Kajang Perdana Avenue ini merupakan salah satu venue terbaru yang memulakan operasinya pada Januari 2016 yang lalu. Saya berkesempatan juga untuk bersama-sama dalam majlis perasmian Kajang Perdana Avenue ini. Perasmian disempurnakan oleh Tan Sri Isa Samad, Pengerusi Felda.

Untuk makluman anda, kewujudan Kajang perdana Avenue ini dengan kerjasama antara Felda D’saji dengan pemaju D’Hill serta MPKj. Tempat ini sememangnya strategik berada betul-betul di tepi jalan dan dijangkakan akan merancakkan lagi kawasan sekitarnya.

Tan Sri Isa Samad pada majlis perasmian Kajang Perdana Avenue
Tan Sri Isa Samad pada majlis perasmian Kajang Perdana Avenue

Kajang perdana Avenue ini mempunyai ruang yang luas dan mampu memuatkan sebanyak 700 tetamu pada satu-satu masa. Terdapat beberapa bahagian di sini yang mempunyai hawa dingin dan juga ruang terbuka. Di ruang berhawa dingin mampu memuatkan seramai 200 tetamu dan di kawasan luar pula mempunyai 2 bahagian yang mampu memuatkan 250 tetamu pada satu-satu masa.

Antara kemudahan lain yang terdapat di sini adalah:

  • Sebuah dewan berhawa dingin yang boleh memuatkan 200 orang
  • 2 ruang terbuka yang boleh memuatkan 250 orang setiap ruang
  • Mempunyai bilik persalinan
  • Bilik menunggu VIP
  • Tandas
  • Surau

Memandangkan ini merupakan lokasi ke 11 yang diuruskan oleh mereka, pastinya segala bentuk perkhidmatan serta servis yang diberikan semestinya tip top. Dari segi makanan serta hospitaliti semestinya menjadi keutamaan mereka. jom saksikan beberapa gambar menu minum petang kami pada tempoh hari. Ni baru minum petang ok belum the main dish lagi. Oh!

kajang lemang
lemang
kajang rendang daging
Rendang Daging
kajang rendang
Rendang ayam

Untuk manluman tambahan anda, berikut merupakan 10 lagi venue yang diuruskan oleh Felda D’Saji yang lain:

  1. Dewan Perdana Felda di Jalan Semarak,KL
  2. Dewan Merak Kayangan di Jalan Perumahan Gurney,KL
  3. Felda Villa di Jalan Maktab
  4. Casa Heliconia di Jalan Maktab
  5. Dewan Gemilang Yayasan Felda di Kelana Jaya
  6. Dewan Bankuet Menara Felda di Persiaran KLCC
  7. Dewan Besar Tun Rahah di Jalan Bukit Bintang
  8. Orchard Villa di Desa Makmur Gombak
  9. D’Saji KL Titiwangsa di Tasik Titiwangsa
  10. Asmara Penchala di Kampung Sg.Penchala

bagaimana? Tertarik menarik kau memang d’bomb dah dengan Felda Di’saji? Berikut adalah tambahan kemudahan serta maklumat lanjut mengenai Kajang Perdana Avenue ini.

Kemudahan yang disediakan:-
  • Parking sehingga 250 buah kereta dalam satu masa
  • Bilik menunggu VVIP/VIP
  • Bilik persalinan pengantin yang dilengkapi bilik air,tandas, surau
  • Pejabat jualan
Akses yang mudah melalui:-
  • SILK Highway
  • Persiaran Kajang-Semenyih By pass
  • Cheras-Kajang Highway
  • Seremban-Kajang Highway
  • Jalan Semenyih
Pakej perkahwinan di Kajang Perdana Avenue ini termasuk:-
  • Penggunaan tempat
  • Penyediaan katering, layanan tetamu dan VVIP
  • Hiasan Pelamin
  • Walkway dan Archo Dummy Cake 3 tingkat
  • Standard PA sistem
  • Kawalan lalulintas oleh RELA
Avenue juga sesuai untuk acara:-
  • Konvokesyen tadika
  • Makan Malam Korporat
  • Fashion Show
  • Pelancaran Produk
  • Seminar
  • Bengkel pembelajaran

Jadi kalau anda ada apa jua majlis yangi ngin dilangsungkan, bolehlah menempah Kajang perdana Avenue ini. tidak kira la majlis kahwin, harijadi, akikah dan perlabagi majlis yang lain. Pastinya ada sahaja pakej yang akan memenuhi kehendak anda.

Alamat: 
Jalan Kajang Perdana 2/2,
Taman Kajang Perdana,
43000 Kajang Selangor.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-
FACEBOOK | WEBSITE

 
Tel: 
03-8881 1311 (Pej Putrajaya)
03-2698 8302 (HQ)
Fax: 
03-8881 1372 ( Pej Putrajaya )
03-2692 4159 (HQ)
PIC:
Encik Syaiful Nazlan – 013-386 0453
Puan Nurul Nadia – 019-295 6232

Gambar kredit kepada Blog MekOnie

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Tempat Perkahwinan di Kajang, Kajang Perdana Avenue Menjadi Pilihan

  • January 29, 2016 at 11:50 am
    Permalink

    Untung zaman sekarang. banyak kemudahan dan pilihan. dulu pun ada juga tetapi tidak berpeluang jer.

    Reply
  • January 29, 2016 at 5:28 pm
    Permalink

    wow.. nampak menarik. rasa cam nak kahwin sekali lagi plak. uhuhuhu..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge