Red Planet Hotel Palembang Indonesia
Assalamualaikum dna slaam sejahtera buat semua yang membaca blog saya ini. semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai salah satu hotel yang saya inap semasa berkunjung ke Indonesia pada minggu lepas.
Untuk maklumat semua, trip saya ke Palembang minggu lepas merupakan trip yang mengejut. Ini bermula apabila salah seorang rakan kami melihat promosi yang diadakan di AirAsiaGo.com. Beliau mendapati yang trip 4 hari 3 malam ke Palembang termasuk tiket dan hotel adalah hanya RM198 per pax. Terus kami sambar kerana ini merupakan peluang kami. Cukup murah!
Kami menginap di Red Planet Hotel sepanjang 4 hari di sana. Hospitaliti yang diberikan oleh pihak hotel amatlah terbaik. Dahulunya saya ingat konsep hotel ini sama seperti Tune Hotel. Segalanya basic. Almaklumlah pakej murah la katakan. Tapi tidak di Red Planet. Segalanya lengkap! Dari toiletries, aircond dan juga TV. Kalau dulu di Tune hotel segalanya kena bayar tambahan! Kali ni, you bayar, itulah yang lengkap akan you dapat. No extra charges.
Oh! Memang heavens dok kat sini. Bilik yang selesa. Sampaikan hari terakhir kami kat sini memang full day dok habiskan masa dalam bilik. Selesa sangat la katakan. Sampai tidur je sepanjang hari..hahaha. Nak keluar jalan pun memang dah semua tempat kami cover sepanjang 3 hari sebelum tu.
Jom kita saksikan beberapa gmabar di dalam bilik kami. Serius kami tak tipu weh.
Yang paling best kat lobi hotel ini ada photobooth la kiranya. Gambar yang diambil tu boleh send terus ke email kita. Selain email ada juga choice untuk korang send ke Facebook mereka. Memang gila-gila la. Asyik bergmabar jelah kami. Hew hew.
Buat anda semua yang berminat untuk tinggal di mana-mana hotel Red Planet di seluruh dunia bolehlah klik di sini.
KLIK DI SINI
Atau Search sahaja di ruangan dibawah (di redirect terus ke Red Planet Hotel)
Apapun buat pekerja dan pengurus Hotel Red Planet Palembang, terima kasih atas hospitaliti yang anda berikan. Semoga berjumpa lagi di lain hari.
wow..bilik nampak bersih dan kemas..suasana pun cantik..patutlah terus duduk je dalam bilik masa last day tu..hehe