December 13, 2024
Lain-Lain

Kingz MG ke Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya., Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai program CSR yang telah dijalankan oleh pihak Kingz MG di Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu.

Jika sebelum ini saya telah kongsikan dengan anda semua mengenai program penuh yang telah dijalankan oleh pihak Kingz MG sepanjang annual ride mereka, kali ini saya ingin fokuskan mengenai program CSR mereka di Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu.

Untuk makluman semua, program CSR ini adalah inisiatif dari Kingz MG untuk membantu sedikit sebanyak golongan yang memerlukan. Dalam program ini turut disertai oleh Iron Head MG dan Harley Owners Group (HOG) Terengganu.

Untuk makluman semua, Taman Sinar Harapan ini menempatkan lebih kurang 65 orang penghuni. Ianya terdiri daripada anak yatim, miskin dan juga yang mempunyai masalah pembelajaran. Selain itu juga, penghuni disini diajar pelbagai jenis kemahiran hidup yang lain seperti menjahit, mengait, memasak dan sebagainya.

Selain itu juga, para peserta konvoi dihiburkan dengan persembahan oleh penghuni Taman Sinar Harapan ini. Tidak melepaskan peluang, pihak Kingz tidak terkecuali membuatkan persembahan kepada penghuni di sini.

Tidak hanya dengan itu, anak-anak disini diberikan peluang untuk menaiki motor besar para peserta konvoi. Walalupun hanya 10-15 minit sahaja, namun keceriaan jelas terpancar di wajah mereka. Kegembiraan sekejap ini mana mungkin memadamkan apa yang mereka hadapi, namun sekurangnya mungkin memberikan memori indah kepada mereka.

Seterusnya pemberian sumbangan kepada pihak Taman Sinar Harapan. Sebanyak RM5300 telah berjaya dikutip oleh ahli mereka. Sedikit sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban pihak Taman Sinar Harapan untuk membeli alat tulis dan kelengkapan pembelajaran yang lain.

p/s: Air mata aku menjurai jatuh tatkala berada di sini. I don’t know why, but I know how lucky I am. Masa menaip entri ini pun air mata aku masih mengalir laju.

  • Muka penghuni dikaburkan untuk memberi privasi kepada mereka.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *