Kontest Ucapan Selamat Hari Raya To EqbalZack
Assalamualaikum dan salam sayang buat pembaca blog amirnawawi yang budiman sekalian. Alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk berada dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. Ayuh bersamalah kita merebut peluang yang masih banyak ini untuk memperbanyakkan amal ibadat sepertimana ini adalah Ramadhan kita yang terakhir.
Apapun, setiap yang hadir pasti akan pergi. Ramadhan yang datang pasti akan pergi jua. Namun tibanya pula Syawal yang mulia. Kehadiran Syawal sememangnya dinantikan oleh kanak-kanak kecil hatta orang dewasa sekalipun termasuk juga saya. 😛
Buat julung-julung kalinya, saya berkesempatan untuk merakamkan ucapan hari raya kepada abang Eqbal. Memang dari dulu lagi saya membaca blognya dengan setia namun agak gentar  untuk menegurnya kerana khuatir juga teguran saya tidak dihiraukannnya. Ternyata apa yang saya jangkakan pada awalnya semangnya meleset! Beliau sememangnya berbeza. Setiap pengunjung blog yang menegurnya akan dilayan dengan penuh ramah. Dan khabarnya lebih kurang seribu kad hari raya telah habis dipos buat pembaca blognya. Memang tidak dinafikan akan sifat menghargai setiap pembaca yang berkunjung ke blognya. What he get, he give back. Itu lah mottonya dalam berblog.
Apepun berikut adalah ucapan saya buat abang Eqbal,Â
[notice]
Selamat hari Raya Aidil Fitri buat Bang EqbalZack yang baru pulang dari diperantauan. Semoga ceria dan cemerlang dalam menghadapi hari-hari mendatang. Hidup ini adalah satu proses pembelajaran yang berterusan dan terima kasih atas peringatan yang Abang Eq berikan kepada kami dahulu tentang pentingnya belajar. Kami tahu bidang kejuruteraan bukannya mudah, namun sedikit kata-kata abang Eq membuatkan saya berfikir sejenak tentang kehidupan. Â Semoga raya anda tahun ini penuh dengan kebahagiaan dan keberkatan dari yang Maha Esa. Terima kasih dan Salam kemaafan dari saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Yang terlihat dek mata kasar hatta yang tersimpan dilubuk hati.
[/notice]
Dan semestinya tidak ketinggalan untuk saya tag teman seperjuangan saya dalam bidang kejuruteraan ini untuk turut serta. Syazana, salam keceriaan dan keamanan untuk anda juga.  😉 Ayuh sertainya bersama disini.
AM: Tak sabar menanti ketibaan Syawal.
Thanks Amir. Abg eq dah linkkan kat blog. Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya…
-abg eq-