October 13, 2024
Hal-hal Semasa

Kurang Sihat, Malas Makan Ubat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah keputusan Kontest Dia Dihatiku, Dia Idamanku telah pun dikeluarkan. bagi sesiapa yang belum tengok tu bolehlah jenguk kat sini. Dan kepada pemenang, sila beri respond sebelum hari Khamis, jika tidak kemenangan anda akan ditarik balik.

Apepun sekarang aku kurang sihat sedikit. Ada ulser dalam mulut bak kata doktor. Tapi aku tak tahu la ulser ke tidak. Tapi memang terasa amat sakit bila nak minum air. Nak makan pun lagi la rasa pedihnya. Ya Allah, memang sakit. Tapi bertambah la pula sakitnya bila turut diserang batuk. Fuh! Korang boleh baynagkan tak yang aku akan berasa sakit bila aku gerakkan kerongkong aku, lepas tu terpaksa pula untuk batuk. Fuhh! memang azab la. jawabnya.

Tapi apepun aku terima dengan hati terbuka. Mungkin ini kafarah dosa agaknya. Sakit itu ujian Sang Pencipta kepada hambaNya kan. Apepun dah pergi klinik tadi. Banyak la jugak ubat yang diberi. Tapi aku bagi banyak mana pun ubat memang tak makan la. Memang payah bagi aku nak makan ubat nih. Leceh bebenor. Aku bukan takut ubat yer. Cuma malas nak makan jer. 😛

Apepun, doakan aku cepat sembuh ya. Selamat berjumpa lagi semua. Salam sayang dari si penulis yang sedang sakit.. 🙂

 

AM: Time sakit macam nih memang nak berada di sisi ibu terchenta, namun apakan daya jauh dari keluarga.. 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

14 thoughts on “Kurang Sihat, Malas Makan Ubat

  • Hurmmm….. boleh buat slot AMIR vs MEDICINE la lepas nie yea…. aper kata cuba minum ubat batu cap kelapa laut AFRIKA…. boleh legakan tekak dan kerongkong….

    Reply
    • haha3.. Fuhh!! konferm-konferm eden kalah kalau pasal ubat-ubat nih.. 🙂

      Reply
    • Memang malas makan sendiri.. Kalau dok umah, mesti mak yang suapkan..hak3

      Reply
    • babab je..tapi jangan madam yang babab..suruh ujangmondoq yang babab..hehehe

      Reply
      • tak kira, nak madammondoq jugak yg babap.. Ujangmondoq tak best..wakaka..

        Reply
    • Makasih ya kak diatas doanya.. (fuhh, speaking indonesia aku hari ini)

      Reply
  • aku baru je lepas baik demam ni. samalah, nak telan tu rasa sakit kat kerongkong. tekak dah merah sangat. panas2 macam sekarang ni ramai yang dapat sakit macam ni. banyakkan minum air kosong k.

    semoga cepat sembuh 😉

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *