Melahap di Sekinchan Ikan Bakar

This entry is exclusively for www.everyday.com.my

Aloha, Salam Sejahtera semua. Sudah lama nampaknya aku tidak menulis.. Aku sebenarnya kurang sehat sket. Main hujan dan terus demam. Dapat plak pakej eksklusif, demam + selsema + batuk.. Fuhh! memang berair je hidung nih rasanya. nak tidur pom tidak selesa. Alhamdulillah hari nih aku sehat sket dan tengahari tadi aku ajak my small family pergi makan dekat Sekinchan Ikan Bakar (SIB) cawangan Bandar Mahkota Cheras. Dekat jer pom dengan rumah aku.

Sebenarnya aku dah lama mengidam nak makan ikan bakar ni *erm, dah macam orang mengandung la plak. Kebetulan plak aritu everyday.com.my ni ada buat promosi untuk makan kat SIB. Aku terus beli tiga kupon. Almaklumlah aku tinggal bertiga jer kt sini. Family besar lain tinggal di kampung.

Aku beli yang pakej biasa punya, tak la yang mahal sangat. Makan yang ni pom terasa camdah kenyang pom. Jom tengok apa makanan yang dihidangkan kat sana.

Ikan Bakar dengan Ulam-ulaman

Kerang ni pom sedap la jugak. Sehat2 jer kerang diorang hidang
Aiskrim!! Aku suka..
lala.. Boleh tahan jugak la. Tapi isinya memang sikit..

Aku memang pergi dangan perut kosong. Jadi, memang cepat jelah habis makanan tu aku telan. Boleh tahan jugak la masakan dia. But the most yang aku suka ialah kerang dia. Memang best.

Dalam pinggan aku tu penuh dengan kulit lala dan kerang. Aku je yang tibai binatang tuh.Sedapp..

Lepas habis makan semua nih, kami bersiap-siap untuk pulang. Memang licin pinggan aku makan. Huhu3, rugi plak bayar mahal-mahal kalau makan tak habis kan. Tak elok membazir tu..haha

By the way, thanks to Everyday.com.my. Hopefully I can win the Everyday Store Credit for this month for this entry.. 😛

Thank you everyday.com.my

Overall, ok jugak makanan kat sini but sedikit mahal la daripada biasa.. he3..

AM: Esok nak pi makan mee Bandung plak. Dah lama teringin nak makan. Tapi belum jumpa yang benar2 sesuai dengan selera nih.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Melahap di Sekinchan Ikan Bakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge