December 13, 2024
Food

Menjamu Selera di Tino’s Pizza Cafe

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog amirnawawi yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan lagi dengan anda semua tempat makan yang menarik dan enak yang patut anda kunjungi.

Anda semua sudah tahu  yang saya agak cerewet bila berbicara tentang makanan. Bila saya kata sedap, maka sedaplah. Kalau tak sedap memang terus saya cakap tak sedap. Tetapi kali ini saya ingin bawakan anda ke Tino’s Pizza Cafe. Sedap ke tidak? Jom kita saksikan dahulu apa yang ingin saya kongsikan ini.

tinos's pizza 1

Sesekali terdengar perkataan Tino, apa yang terpacul keluar dalam minda anda? Kalau saya orang Kelantan, perkataan Tino memang dekat dengan kami. Kalau ada tino, mana pula Jate nya. Tapi Tino’s yang saya maksudkan adalah restoren makanan yang menyajikan pelbagai makanan enak sesuai untuk anak tekak kita semua.

Sebelum berbica lebih lanjut lagi, rasanya eloklah jika saya memperkenalkan dahulu apa itu Tino- Pizza Gourmet. Untuk makluman semua, pizza ini berasal dari Naples iaitu asal usul makanan piza ini. Proses pembuatan pizza neopolitan ini adalah amat memerlukan ketelitian kerana beberapa kemahiran diperlukan untuk membuatnya. Oleh itu tidak hairanlah hasil yang tercipta sungguh menakjubkan dan menyelerakan!

Saya nak kongsikan satu rahsia yang saya dapat dari Tino’s Pizza Cafe ini, mereka sebenarnya membawa kembali tradisi tukang purba pizza Neapolitan dalam penghasilan pizza mereka. Pizza diuli dengan tangan dan dibakar pada suhu 500 darjah celsius! Ya! 500 darjah celcius. Yang biasa kita rebus air tu hanya 100 tapi yang ini 5 kali ganda tahap kepanasannya. Boleh bayangkan tak betapa panasnya oven itu? Jadi tidak hairanlah jika masa yang diambil untuk mebakar pizza ini hanya 2 minit sahaja.

Jom kita beralih pula kepada menu yang dihidangkan di sini. Antaranya ialah pizza, focaccia, manisan pizza, spegeti dan juga paella rice. Jom kita lihat dulu seleksi pizza yang disediakan di sini.

Antara pizza signature yag terdapat di @tinospizzacafe , Thin and Crispy crust. Yang ini adalah pizza Mr.Tino. Gabungan daging lembu, ayam, pepperoni, cendawan, zaitun hitam, lada benggala dan keju cair! Meletup dalam mulot katekaw!
Antara pizza signature yang terdapat di @tinospizzacafe , Thin and Crispy crust. Yang ini adalah pizza Mr.Tino. Gabungan daging lembu, ayam, pepperoni, cendawan, zaitun hitam, lada benggala dan keju cair! Meletup dalam mulot katekaw!

Gambar yang ditunjukkan di atas adalah piza yang bernama Mr. Tino. Terdapat perlbagai lagi jenis piza yang disediakan dan patut anda cuba, antaranya Duck Caponata, Fetta Patata, Fiorentina, Margherita, Pollo Affumicato, Mexicana, Lamb Abruzzo dan Seafood Marina.

Selain itu anda patut juga mencuba spageti mereka. Dibawah ini adalah pageti yang kami pilih iaitu Puerto Spaghettini. Spegeti ini dihidangkan dengan kebanjiran makanan laut diatasnya seperti sotong udang dan kepah. Memang membangkitkan selera si pemakannya.

tinos's pizza  2

Selain itu anda patut juga mencuba dessert pizza mereka. Terdapat 3 seleksi dessert pizza mereka iaitu lemonberry delight, fruity honey pearl dan juga peanut butter banana Oreo. Dan apa yang kami cuba untuk rasa seperti dibawah ialah Lemonberry Delight. Rasa krimnya dengan jem beri nya cukup enak. Memang sesuai sebagai pemanis mulut. Dan ini merupakan pertama kali saya melihat pencuci mulut piza seperti ini. Memang unik namun sedap!

tinos's pizza 5

Seterusnya adalah makanan sampingan yang anda patut cuba

tinos's pizza 4

Ini pula adalah Peanut Butter Fries. Gabungan antara kentang goreng dan juga jem kacang tanah. Pastinya kombinansi yang sesuai dan membangkitkan selera makan anda.

tinos's pizza  6

Yangi ni pula adalah Fruit Salad. Gabungan pelbagai buah-buahan yang berwarna warni dengan diselaputi oleh sos buah markisar. Warna warni! I like it!

Tak lengkap rasanya kalau menjamu selera sahaja tanpa perkena minuman mereka bukan?

Ini adalah Mocha latte yang disediakan di sini.
Ini adalah Mocha latte yang disediakan di sini.
Banana and Kiwi shake. Terasa pekat buah kiwi dan pisangnya. Sedap! Yang ni memang saya rekemen untuk anda cuba.
Banana and Kiwi shake. Terasa pekat buah kiwi dan pisangnya. Sedap! Yang ni memang saya rekemen untuk anda cuba.
Yang ini alternatif buat anda yang inignkan rasa segar buah mangga. Tapi yang ini bukan dari Tino;s Pizza tetapi dariChatime. Untuk makluman Chatime ini merupakan adik beradik kepada Tino's Pizza ini. :)
Yang ini alternatif buat anda yang inginkan rasa segar buah mangga. Tapi yang ini bukan dari Tino’s Pizza tetapi dari Chatime. Untuk makluman Chatime ini merupakan adik beradik kepada Tino’s Pizza ini. 🙂

Selain itu juga dapatkan set ramadan di sini semperna bulan Ramadhan ini.

Antara set menu berbuka yang disediakan di Tino's Pizza
Antara set menu berbuka yang disediakan di Tino’s Pizza

Untuk makluman anda semua, Tino’s pizza Cafe terdapat di 3 cawangan iaitu di Nexus Bangsar, IOI City Mall Putrajaya dan di The Gardens Mall Mid Valley.

 

Hubungi:

Nexus Bangsar South : 03-22420580

The Gardens Mall: 03-22022580

IOI City Mall: 03-89539352

 

AM: Nothing i can said, anda patut mencubanya sendiri!

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Menjamu Selera di Tino’s Pizza Cafe

  • zariffzahari

    ioi city mall ada ke, tak pernah nampak pun. leh cuba. menarik jugak nie 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *