December 13, 2024
Food

Menjamu Selera di Chakri Palace

Assalmualaikum dan salam sjeahtera buat semua pembaca blog yang budiman. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah memandangkan bulan puasa sudah hampir tiba hari ini saya ingin kongsikan dengan ada semua mengenai sesuatu yang mungkin menarik selera anda untuk mencubanya. Tempat yang dimaksudkan ialah Chakri Palace, Royal Thai Cuisine.

Bagi para penggemar makanan thai bolehlah bertandang ke sini kerana terdapat pelbagai juadah yang disediakan di sini untuk memuaskan selera makan anda. Bukan hanya resepi tradisional Thai sahaja yang ada namun resepi diraja juga turut tersedia. Sesuai la dengan taglinenya Royal Thai Cuisine kan?

Baiklah sekarang saya ingin kongsikan dengan anda semua beberapa foto yang mungkin membangkitkan selera anda. Saksikan…

chakri1

Dan buat anda semua yang ingin berbuka puasa di Chakri Palace ini bolehlah rujuk helaian di bawah kerana harga bagi setiap cawangan adalah berbeza. Pastikan anda buat tempahan dahulu kerana ianya adalah terhad!

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tempat ini bolehlah melayari

www.chakri.com.my

IMPERIAL CHAKRI PALACE SURIA KLCC
Lot 417B, Level 4, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-2382 7788
Fax : 03-23820269

CHAKRI PALACE PAVILION
Level 4 Connrction, Pavilion KL
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-21431141
Fax :03-21441141
E-mail : cp.pavilion@chakri.com.my

CHAKRI EXPRESS
Lot G85, Ground Floor, Alamanda Shopping Centre
Jalan Alamanda, Precint 1, 62000 Putrajaya
Tel : 03-8890 1616
Fax : 03-8890 1717

AM: Tomyam dia best. Wajib coba.

P/S: Restoren ini masih belum mempunyai sijil halal JAKIM

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Menjamu Selera di Chakri Palace

  • Hykal Deni

    Saudara,

    Untuk makluman rangkaian restoran Chakri ini masih tidak mempunyai sijil halal JAKIM yang sah. Mereka cuma dalam ‘proses’ memohon sijil halal sehingga kini masih tidak/belum diluluskan. Rujuk halaman web Chakri dan website Halal JAKIM.

    Penggunaan perkataan “buffet Ramadhan’ oleh restoran ini sebenarnya satu kesalahan di bawah akta Akta Perihal Dagangan 2011, yang memaktubkan bahawa mana-mana pihak yang ingin menyatakan produk mereka halal dengan apa-apa tawaran ke arah menyatakan makanan yang disediakan adalah halal atau untuk orang Islam jika mereka tidak mendapat pensijilan Halal Malaysia adalah satu kesalahan.

    Harap maklum, kerana pihak tuan memberi tajuk blog ini yang secara langsung mempromosikan restoran ini atas tajuk buffet ramadhan.

    Maaf saya hanya ingin berkongsi maklumat yang tepat demi ummah.

    Reply
    • Terima kasih atas maklumat anda.. Sudah diperbetulkan tuan.

      Assalamualaikum..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *