October 4, 2024
Food

Nikmati Juadah Enak dan Berkhasiat Dari Produk Fonterra Di Bulan Puasa Ini

Yeaaa Ramadan Datang Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Bagaimana dengan puasa anda? Hari ini telah masuk hari ke 4 kita berpuasa. Semoga ibadah yang dijalankan berjalan dengan sebaiknya.

Semua sedia maklum, bahawa permulaan puasa ini agak sukar sedikit kerana badan kita masih baru lagi dengan keadaan sebegini. Badan kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Kita yang dewasa ini terasa akan kelaparannya apatah lagi anak-anak kecil kita.

Untuk berpuasa sepanjang hari, kita memerlukan tenaga yang banyak untuk menampung aktiviti seharian kita. Oleh yang demikian, makanan yang diambil ketika bersahur amatlah penting. Tidak kurang hebatnya sewaktu berbuka, kerana masa inilah nutrient diserap lebih pantas ke dalam badan kita. Almaklumlah seharian tanpa makanan, waktu inilah badan terus menyerap apa jua yang masuk kedalam badan kita.

Seleksi produk Fonterra

Oleh sebab itu, apa yang kita masukkan ke dalam badan kita mestilah daripada nutrient yang bagus. Ini untuk memastikan agar badan kita menerima nutrient dan memberikan kesihatan yang baik kepada diri kita.

Anak kecil tidak terkecuali. Saya juga mempunyai anak saudara yang masih kecil dan bersekolah rendah. Waktu sahur amatlah sukar bagi mereka. Bila buka sahaja mata pastinya tiada makanan yang bersuap ke dalam mulut mereka. Sukar untuk menyuruh mereka makan sahur. Bagaimana mereka ingin menempuhi sepanjang hari berpuasa jika tidak makan sahur?

Puan Manisya Ismail dan Puan Nurul Azizah

Nah! Di sini saya ingin kongsikan beberapa menu ringkas yang telah disampaikan kepada saya oleh beberapa orang pakar dari Fonterra iaitu Cooperative Affairs Manager and Chairman of the Halal Committee di Fonterra Malaysia, Puan Manisya Ismail dan Puan Nurul Azizah merangkap Fonterra Consultant Dietician. Mereka  telah berkongsi resipi untuk masakan ketika sahur dan juga berbuka puasa.

Saya yakin yang kita semua pernah mendengar seleksi produk dari Fonterra iaitu Anlene, Fernleaf , Anchor, CalciYum, Anmum. Untuk makluman semua, ini semua adalah produk keluaran Fonterra. Produk ini berasaskan tenusu dari New Zealand  yang terkenal dengan pelbagai khasiatnya.

Namun yang paling utama bagi kita sebagai Muslim adalah produk Fonterra ini disahkan halal oleh badan yang diktiraf oleh JAKIM. Semua sedia maklum, untuk mendapatkan sijil halal bukannya mudah. Tidak hanya produk berasaskan halal namun mestilah berkhasiat. Dalam erti kata lain, halal dan toyyibban.

Puan Manisya Ismail sedang menunjukkan cara pembuatan Mango Smoothies

Baiklah kita terus sahaja kepada menu yang disediakan oleh Puan Manisya Ismail iaitu Mango Tango Smoothies dan Chicken and Potatoes Mini Pizzas. Mango Tango Smoothie dibuat menggunakan Fonterra Fernleaf CalciYum dan Yogurt yang diperkaya dengan Vitamin A dan D.

Mango Tango Smoothies

Manakala bagi Mini Pizza pula dibuat menggunakan Anchor butter, Chesdale cheese dan Fernleaf Full Cream Milk Powder. Masakan ini sememangnya sesuai untuk anak anda sewaktu berbuka. Selain sedap, ianya cukup berkhasiat untuk dinikmati oleh si kecil anda.

Potatoes Mini Pizzas

Seterusnya, dikongsikan juga oleh Puan Nurul Azizah. Menu yang dikongsikan beliau adalah  Kurma Overnight Oats dan Rendang Tok.

Puan Nurul Azizah sedang menunjukkan cara pembuatan sajian beliau.

Bagi menu Kurma Overnight Oats, Puan Azizah menggunakan Anlene Low Fat Yogurt, chia seeds dan hirisan kurma. Cukup ringkas namun penuh dengan khasiat. Ya! Saya sendiri sudah merasai menu ini dan ianya ternyata sedap. Sebelum ini saya amat tidak menggemari oat, namun dalam menu ini ianya amatlah sedap untuk dinikmati.

Kurma Overnight Oats

Bagi menu rendang Tok pula, Puan Azizah menggunakan Anchor cooking cream. Ternyata banyak produk Fonterra yang mampu digunakan dalam masakan Melayu kita bagi menggantikan penggunaan santan. Selain ianya mudah, pastinya ia juga berkhasiat untuk kita semua.

Rendang Tok

Nampak sedap bukan menu yang dikongsikan di atas. Jadi bolehlah anda semua sediakan menu ini dan dinikmati bersama keluarga. Ayuh kongsikan kebaikan menggunakan produk tenusu dari Fonterra ini bersama keluarga anda di bulan Ramadan ini ya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk Fonterra ini bolehlah malayari medium di bawah:

Facebook: www.facebook.com/Fonterra

Website: www.fonterra.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

4 thoughts on “Nikmati Juadah Enak dan Berkhasiat Dari Produk Fonterra Di Bulan Puasa Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *