May 2, 2024
Hal-hal Semasa

NurSajat BerKongsi Kisah Kejayaan ‘Kuih Koci’ Kepada Semua

Nursajat, nama yang tidak asing lagi dalam dunia kecantikan di Malaysia pada masa sekarang. Mana tidaknya jika setiap perlakuan beliau diikuti serta seringkali menjadi tular di media sosial. Tak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan semuanya pasti mengikuti perkembangan kisah anak muda ini.

Kuih koci, nasi lemak, pisang dan pelbagai jenis makanan lain seringkali disebut dan menjadi ikutan oleh pelayar media sosial. Walaupun maksud tersirat yang sebenar-benarnya mungkin berbeza dengan maksud yang tersurat. Namun setiap perkataan penting dalam video menjadi tular kerana perwatakan yang dibawakan oleh beliau dalam video tersebut.

Namun itulah Nursajat, kelancangan mulutnya menjadi trademark dan kesukaan para pengikutnya. Tidak kurang juga dengan pelbagai kecaman, tohmahan, caci maki, herdikan, fitnah yang diterima oleh beliau. Semua itu asam garam dalam kehidupan. Oleh sebab itu dia bangkit untuk menjadi seperti apa yang dia ada sekarang. Hanya dalam masa 26 bulan!

Dahulunya hanya menjadi dropship untuk produk kawannya, dari situlah dia belajar sedikit demi sedikit ilmu peniagaan dalam talian ataupun lebih dikenali dengan online business. Hanya mendapat RM5 keuntungan untuk setiap produk yang berjaya dijual, dari situlah beliau mengumpul duit sedikit demi sedikit sehingga cukup RM500. Dari RM500 dia akhirnya melangkah ke aras seterusnya dengan menjadi seorang agen.

Diperingkat agen inilah dia lebih banyak belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan pelanggan dan juga dropship beliau sendiri. Sedikit demi sedikit bertatih dalam perniagaan, akhirnya kini Nursajat berjaya berlari pecut dalam industri ini.

Dengan mengeluarkan produk sendiri, Nur sajat melangkah dengan lebih jauh lagi. Dengan tagline yang cukup catchy, ‘Jangan Mengata’, ‘Perempuan Fuhh’ dan sebagainya memang cukup melekat dalam minda para pelanggan dan peminat beliau.

Antara produk keluaran Nursajat

Dengan menjual produk jenama sendiri, kini Nursajat boleh tersenyum lebar apabila jualan yang dijana melalui dalam talian sahaja mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Dengan tular inilah nama beliau lebih dikenali di Malaysia ini, Terkini, Nursajat diperkatakan akan memiliki banglo mewah Dato’ Aliff Syukri.  Betulkah berita tersebut?

Ya! Berita tersebut memang benar sekali, dan ketika entri ni ditulis proses penyerahan hak milik telahpun berlangsung. Ditanya kenapa memiliki rumah sebesar itu, ‘janda’ anak 2 ini memaklumkan bahawa ianya adalah cita-cita beliau untuk memiliki kediaman mewah tersebut untuk memberikan motivasi kepada beliau supaya berusaha lebih keras di masa akan datang .

Oleh sebab itu, ramai diantara kenalan dan pengikut beliau di media sosial yang ingin mengetahui lebih lanjut resepi kejayaan beliau dalam bisnes ini.

Berpegangkan prinsip ilmu perlu dikongsi, Nursajat mengambil peluang untuk mengadakan seminar ke seluruh negara bagi berkongsi ilmu dengan para pengikut beliau.

Berpegangkan prinsip ilmu perlu dikongsi, Nursajat mengambil peluang untuk mengadakan seminar ke seluruh negara bagi berkongsi ilmu dengan para pengikut beliau. Secara tidak langsung pertemu secara mata bertemu mata ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pengikut beliau yang selama ini hanya melihat di alam maya sahaja.

Ditanya mengenai bayaran untuk seminar ini, Nursajat menjelaskan bahawa hanya RM50 sahaja yang dikenakan. itupun sudah termasuk harga makan pagi dan tengahari. Kata beliau, memang seminar ini adalah salah satu cara beliau untuk memberi balik kepada komuniti. Tidak ingin mengenakan bayaran mahal semata, tapi ilmu yang diberikan itu yang lebih penting.

Berikut adalah jadual seminar yang dianjurkan leh Nursajat diseluruh negara.

 

JADUAL SEMINAR BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT SELURUH NEGARA
  • Hotel Tropicana Inn, Johor Bahru (Sabtu) 04 Mac 2017
  • Melaka / Negeri Sembilan (Seremban) (Sabtu) 25 Mac 2017
  • Kuantan / Terengganu (Sabtu) 08 April 2017
  • Kelantan (Sabtu) 29 April 2017
  • Perak (Sabtu) 06 Mei 2017
  • Kedah / Pulau Pinang (Sabtu) 20 Mei 2017
  • Kuala Lumpur / Selangor (Sabtu) 29 Jun 2017
  • Sabah (Sabtu) 08 Julai 2017
  • Sarawak (Ahad) 09 Julai 2017

 

Terhad kepada 50 peserta terawal, mereka yang berminat hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM50.00 ke akaun bank RHB NURSAJAT AESTHETIC SDN BHD: 2122-73000-5272-1 dan mendaftar nama penuh, nombor kad pengenalan serta nombor telefon ke Puan Wati di talian 011-11938834 atau Puan Akmal di talian 016-9888217.

Ikuti laman Instagram @nursajat02 untuk maklumat lanjut serta perkembangan semasa mengenai lokasi terkini seminar di setiap negeri.

Saya berpeluang mendengar sediri kisah kejayaan beliau. Cukup memberikan semangat dan inpirasi.

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *