Pekara yang Dirindui Bila Dah Besar…

Kekadang terpikir jugak aku nih, time dok  kuar ngan adik2 tuh memang terasa best jer jadi budak2 nih.. Terasa cam nak kembali ke zaman kanak2 jer.. Apepum masa xkan kembali. Gunakan ia sebaik mungkin selagi mana kita berkesempatan..ha3..cam ceramah bebas je..

Ok back to topik, aku nak kongsi sket ngan korang ape yang bila dah besar nih kita teringin jer nak buat cam budak2 kecik tuh.

1) Tidur sambil ada orang riba dan dodoikan kita…

Korang tak jeles ke tengok bebudak bila diorang nak tido jer ada orang yang buai diorang. Dipangku dan didodoi.. Teringin jugak nak dapat camtuh.. Cuba mintak nak dok kt riba mak korang, mesti kena flying kick punya..ha3

2) Main game yang ade depan pasaraya tuh.Alaa yang letak duit pastu benda tuh gerak2 tuh..

Pernah tak korang tengok budak2 main benda tuh? Kat pasaraya biasanya ada la benda alah nih.. Letak duit singgit ke dua ringgit pastu bergerak2 la menatang tuh. teringin aku nak naik tapi mesti orang tengok pelik kan. Buang tebiat nak mampus ke hape..

3) Orang dukung bila nak pergi mana2

Yang ni lagik best. Xyah letih2 nak jalan kan.. Nak pergi mana2 pom orang mesti bawak punyer..

4) makan pom ada orang suapkan…

Yang nih aku rasa biasa jer.. Nanti kawin pom mesti ada gak yang orang suapkan kan? alaa time makan beradap tuh.. Tak tau la lepas tuh isteri sanggup suapkan lagi ke tak..he3.. Time sakit tuh tak tau la plak..

5) leh tidor jer bila2 masa and tempat..

Yang ni lagik best..Tidor..huhu.. Tak de orang nak marah pom kalau korang nak tidor kt mana2..  Time orang kenduri bising2 pom leh jer nak tidor..

6) Boleh jer nak nak main ape2..

Yang nih bangang sket kot.. Korang dah tgk dah kan gmbr sepupu aku lam entry lepas. Memang best kalau dapat berendam lam besen tu kan. But bila dah besar ni xkan la nak berendam lagik kan..he3

7) Pakaian orang lain tolong pakaikan.

Yang nih time kanak2 la. Taj payah nak susah2 iron baju. Nak pergi sekolah pom mak tolong pakaikan. Sekrang nih dahla basuh baju sendiri, iron dan pakai..huh..

Banyak lagi rasanya cam best jer jadi budak kecik ni kan..ha3. Memang best la. But satu pekara yang aku kena selalu pikir ialah,

“KALAU DAH BESAR TU BUAT LA CARA ORANG DAH BESAR, JGN BERANGAN NAK JADI BEBUDAK LAGI”.

AM: Now I’m 20th years Old

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

5 thoughts on “Pekara yang Dirindui Bila Dah Besar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge