Perkara Yang Best Ketika Hujan

Waduh2.. Hostel aku dah banjir seyhh.. Air hujan dah memenuhi seluruh jalan raya depan umah nih.. Memang cepat jer air tuh naik. Nak kata longkang tersumbat tuh mustahil la sebab hari2 makcik cleaner cuci longkang tuh. Mungkin longkang kecik kot untuk menampung air hujan yang turun dengan banyak..

Tapi time hujan nih memang best kan. Aku tak tahu la kenapa. Tapi aku suka sngt main hujan..

Perkara lain yang best dibuat time hujan ialah:

Makan…

Bila hujan jer otomatik perut akan terasa cam berkeroncong jer. memang terasa nak makan jer. Patutla orang zaman dulu tanam ubi kayu banyak2. Sebab dapat la diorang makan time hujan2 camnih.. Sedap ooo.. Nikmat lebih kalau dapat makan masakan yang panas2 time macam nih

Tidur

Yang ni memang teramat best sekali. Kalau tidur ni memang nyenyak do. Β Terasa macam diulik je tidornyer. Dahla terasa sejuk semacam jer. Memang sesuai la untuk tidur ni. Kalau biasa tidur 8 jam pom boleh jadi tidur 12 jam kalau time hujan2 nih..

Tengok movie

Yang ni memang akan aku buat selain dari tidur. Ye la. Takkan nak membuta jer kan. Tengok movie pom best gak. Tapi kalau hujan ni nak tgk tv tu xleh la.. AsTRO cuti mase hujan. Kena tengok movie lam laptop jelah jawabnyer. Kalau dah boring sangat tuh, cerita zaman2 dulu pom dok tengok lagi..

Tapi kalau hujan2 kat asrama ni memang serious boring!! Uwaaa.. Nak kuar umah!!

AM: Nak tengok citer ape lagi nih. Dari tadi dok pulun megi jer.

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

13 thoughts on “Perkara Yang Best Ketika Hujan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge