April 18, 2024
Travel

Peter Marvey di Genting Highland Malaysia

Salam Sejahtera dan salam 1Malaysia buat semua pembaca blog saya yang budiman sekalian. Pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai persembahan terbaru di Genting International Show Room. Jika sebelum ini kita dipersembahkan dengan persembahan Fantastica, kali ini persembahan dari Peter Marvey: Magician Without Limits.

Secara ringkasnya mengenai persembahan Peter Marvey: Magician Without Limit ini ialah dipersembahan oleh anak kelahiran Switzeland yang mempunyai minat yang mendalam terhadap seni silap mata sejak kecil lagi. Oleh kerana minatnya yang mendalam dengan silap mata, beliau tergendala dalam pengajiannya untuk menjadi seorang arkitek. Dengan silap matanya yang terkenal, ‘Flying Magic’, dia mempersembahkan 7 ilusi terbang yang memerlukannya 7 tahun untuk belajar dan mendalaminya.

Tukar baju sesaat!

Api! Api! Api! Silap mata dengan bermain api.. Menarik!

Peter Marvey mencipta sendiri ilusi dan teknik silap mata dalam persembahannya. Dengan mempersembahkan pelbagai jenis trick yang menarik seperti terbang dalam cahaya terang dan menukar pakaian di udara menjadikan beliau seorang susuk tubuh yang dikagumi dalam bidang silap mata dan ilusi dunia. Antara anugerah yang berjaya diperolehi oleh beliau ialah “The Golden Wand” in 1996, Merlin Award untuk  “Magician of the Year 2002” dan “Most Creative Illusionist 2009”. Telah menjelajah ke 30 negara dan 5 benua untuk mepersembahkan silap mata beliau. Beliau juga merangkul anugerah Swiss National Champion selama 3 tahun berturut-turut iaitu dari 1993-1995.

Persembahan beliau di Genting Highland bermula dari 28 Mei yang lepas dengan pelbagai aksi yang menarik perhatian kita semua untuk menontonnya. Antara aksi yang akan dipersembahkan oleh beliau ialah Ultimate Cut, Lumitec Levitation, Magic Card dan yang paling terbaru Diamond Illusion.

Ultimate Cut
Ultimate Cut

Saya duduk terpegun melihat persembahan Peter Marvey ini sambil dibantu oleh 3 orang jelitawannya. Bagi yang berminat untuk menonton persembahan yang hebat ini bolehlah hadir ke Genting International Showroom pada setiap hari bermula 28 Mei sehingga 24 November. Tiket yang dijual adalah bermula dari RM118 untuk VIP diikuti RM88 dan RM48 untuk PS1 dan PS2.. bagi kanak-kanak pula RM68, RM48 dan RM28. Untuk lebih penjimatan dan mengetahui tawaran hebat bolehlah melayari laman web genting di www.rwgenting.com atau hubungi 03-27181118

AM: Aksi yang memang menarik. Anda patut pergi menontonnya.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Peter Marvey di Genting Highland Malaysia

  • Ini adalah benar-benar menakjubkan! A menjatuhkan prestasi rahang. Terima kasih kerana berkongsi pos anda!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *