October 12, 2024
Lain-Lain

PROVITAL Immuna Plus Untuk Kesihatan Berpanjangan

PROVITAL Immuna Plus Untuk Kesihatan Berpanjangan | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai produk terbaharu daripada Mead Johnson iaitu PROVITAL Immuna Plus.

Apa Itu PROVITAL Immuna Plus?

Untuk makluman anda semua PROVITAL Immuna Plus diformulasikan secara saintifik untuk memberi manfaat kesihatan dan menyokong sistem imun untuk orang dewasa berumur 40 tahun ke atas. Ia mengandungi tiga ramuan utama iaitu Yeast Beta-Glucan, Selenium, dan Vitamin C yang membantu dalam menyediakan 3 kali ganda Perlindungan Imuniti. Walaupun disyorkan untuk orang dewasa berusia 40+, namun golongan dewasa yang lebih muda pun boleh menggunakannya untuk meningkatkan imuniti mereka dan menguatkan sistem kekebalan tubuh badan mereka.

Tidak semua beta-glukan sama. Yeast beta-glukan meningkatkan sistem imun dengan mengaktifkan sel-sel imun untuk memusnahkan patogen. 9 daripada 10 orang dewasa yang menggunakan Yeast beta-glukan dilaporkan tidak mengalami selesema atau gejala sakit tekak setelah dua belas (12) minggu menggunakannya. PROVITAL Immuna Plus adalah satu-satunya jenama mengandungi ramuan utama ini.

Selain meningkatkan imuniti, ia juga mengandungi formula all-in-one yang mengandungi kalsium dan protein yang tinggi untuk menyokong pergerakan dan kekuatan otot. Hanya dua (2) gelas PROVITAL Immuna Plus sehari mampu memberikan nutrien pada jumlah yang disyorkan untuk menunjukkan kesan yang positif.

Kekebalan tubuh kita menurun seiring bertambahnya usia, sehingga 30% sel imun kita menurun pada usia 75 tahun. Namun, proses penuaan tidak bermakna anda semakin lemah. Dengannya, anda boleh mengaktifkan sistem imun anda dan memberikan keyakinkan hidup anda sepenuhnya dengan terus berani melakukannya perkara yang anda mahu lakukan.

Pengalaman Baharu Bersama

Saya mengambil keputusan untuk menggunakan produk ini setelah membaca perkongsian dari kawan saya di media sosial. Ternyata tanpa berlengah saya turut sama mencuba produk ini. Bila dah ada di rumah ni, saya tak minum sendirian. Saya turut mengajak ibu saya untuk bersama-sama mencuba. Almaklumlah zaman pandemik sekarang ini sememangnya kita kena jaga kesihatan kita dengan lebih ketat. Antibodi kena kuat, imuniti badan kena mantap.

Pertama kali mencuba, saya cukup suka akan rasanya. Tidak muak dan sememangnya sedap dan kena dengan selera. Ibu saya juga berpendapat yang sama. Mana tidaknya, beliau minum tanpa banyak alasan. Biasanya kalau produk tenusu ini memang agak payah untuk ibu saya minum.

Dibancuh 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur sememangnya terbaik untuk tubuh badan kita. Dengan kandungan yeast beta-glucan, selenium, dan vitamin C pastinya memberikan kesihatan tubuh badan yang lebih baik. Kami sudah, anda bila lagi?

Kalkulator Imuniti (Immunity Calculator)

Tahukah anda yang imuniti badan kita semakin berkurang berdasarkan pertambahan umur kita. Dijangkakan sebanyak 30% imuniti berkurangan apabila kita mencapai umur 75 tahun. Oleh yang demikian, kita hendaklah menjaga tubuh badan kita supaya imuniti yang ada tidak cepat berkurang.

Nak tahu tak yang korang ada imuniti kuat atau tidak?

Jom kita kira tahap imuniti kita menggunakan kalkulator imuniti ini.

Tekan di Sini Untuk ke Kalkulator Imuniti

Tekan butang Start untuk memulakan
Muka depan Immunity Calculator PROVITAL Immuna Plus
Isi maklumat yang diperlukan
Antara soalan yang ditanya

Saya sendiri telah menggunakan kalkulator imuniti ini. Ternyata keputusannya sudah dijangka. Nak tahu keputusan saya?

Keputusan PROVITAL Immuna Plus
Skor saya adalah 5 dan imuniti lemah.

Walaupun baru berumur 30 tahun, saya memang imuniti saya lemah dan tidak sesuai dengan umur saya. Keputusan untuk menggunakan PROVITAL Immuna Plus adalah keputusan yang terbaik. Saya berharap agar keputusan yang terbaharu nanti akan lebih baik. Ini kerana ianya diperkaya dengan yeast beta-glukan yang menyokong imuniti dan dapat membantu mengatasi gejala selsema.

Selain kesihatan diri kita sendiri, adalah sangat penting untuk memastikan ibu bapa kita juga mengambil nutrisi yang tepat untuk meningkatkan imuniti badan mereka.

Saya dan ibu saya sudah. Anda semua bila lagi? Jom ikhtiar untuk lebih sihat dengan PROVITAL Immuna Plus.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh klik mana-mana medium seperti di bawah:

Website: http://www.provital.com.my/
Facebook: Provital Malaysia

jangan lupa untuk teruskan bacaan di amirnawawi.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *