May 20, 2024
Travel

Tempat Menarik Terengganu – Wajib Singgah

Tempat Menarik Terengganu| Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai tempat yang menarik di negeri Terengganu.

Tempat Menarik Terengganu
Tempat Menarik Terengganu

Dah masuk fasa terbaharu dalam PKP, jadi sememangnya kita dibenarkan untuk melancong dalam negeri jika telah selesai menerima 2 dos suntikan vaksin. Jadi ramai yang telah mengambil peluang untuk bercuti. Tak dapat keluar negeri, dapat melancong dalam negeri sendiri pun jadilah.

Saya telah membaca satu posting di Facebook berkenaan dengan tempat menarik di Terengganu. Jadi saya kongsikan dengan anda semua tempat menarik ini untuk anda jadikan rujukan dalam membuat perjalanan ke Terengganu nanti.

Tempat menarik ini telah dibahagiakan mengikut daerah yang terdapat di Terengganu.

Tempat Menarik Terengganu

1-Besut
-Pantai Bukit Keluang
-Pulau Perhentian
-Pulau Rhu
Lata Belatan
-Lata Tembakah
-Lata Kolam Air Deru
-Lata Pelagat
-Lata Serai
-Kota Putra Para Gliding & Extreme Park
-Hiking Bukit Keluang
-Hiking Bukit Bubus
-Hiking Gunung Tebu
-Kolam Air Panas La
-Pantai Benting Lintang
-Pantai Air Tawar

2-Setiu
Setiu Wet Land
-Pantai Mangkok (Terrapuri Heritage Village)
-Pantai Penarik
-Pantai Rhu Sepuluh
-Lata Changkah
-Lata Payung
-Lata Ulu Kekabu
-Lata Kasar
-Bukit Bidong Darat
(Antara tempat menarik di Setiu saya rangkumkan di entri ini – klik di sini untuk membaca)

3-Kuala Terengganu
-Pulau Lang Tengah
-Drawbridge
-Miami Beach
-Masjid Kristal
-Masjid Terapung
-China Town
-Taman Tamadun Islam
-Pantai Batu Burok
-Pulau Duyong
-Lagun Kuala Ibai
-Muzium Negeri
-Kampung Budaya

4-Dungun
-Pulau Tenggol
-Pantai Tanjung Jara
-Pantai Rantau Abang
-Pantai Batu Pelanduk
-Pantai Teluk Bidara
-Kg Rajawali
-Pusat Konservasi Penyu Rantau Abang
Air Terjun Cemerong
-Air Terjun Tasik Puteri
-Sungai Kelemin
-Sungai Loh
-Gunung Berembun
-Bukit Bauk

5-Marang
-Pulau Kapas
-Pantai Kekabu
-Pantai Kelulut
-Pantai Jambu Bongkok
-Bukit Temiang
-Bukit Lubuk Batu

6-Kuala Nerus
Pulau Redang
-Bukit Tok Salai
-Bukit Maras
-Pantai Teluk Ketapang
-Pantai Bedong

7-Hulu Terengganu
Tasik Kenyir
-Bukit Tawang
-Bukit Balik Hidung
-Air Terjun Sekayu
-Santuari Kelah
Pusat Konservasi Gajah
-Belukar Bukit

8-Kemaman
-Bukit Harimau Menangis
-Bukit Mak Dayang
-Air Terjun Janda Mandi
-Pantai Teluk Mak Nik
-Perkampungan Cina Hainan
-Zoo

Baiklah itu adalah antara Tempat Menarik Terengganu. Jadi anda boleh buat pilihan dan juga rancang untuk pergi kemana-mana yang anda inginkan. Anda juga boleh tekan link mengikut tempat yang ada untuk membaca lebih lanjut berkaitan tempat tersebut.

Itu adalah antara pengalaman saya sendiri telah telah pergi ke sana. Tak semua tempat ada review saya. Sebab takkanlah saya sampai ke semua tempat kan. hahahaha. Saya link kan tempat yang telah saya pergi je.

Apapun selamat bercuti dalam negara buat semua. Lepas ni apabila kerajaan telah umumkan dah boleh merentas negeri, dapatlah kita melancong dalam negara pula. Kembalikan kerancakan sektor perlancongan kita.

Semoga ekonomi kita kembali pulih. Apa jua yang berlaku, jaga diri kita, jaga keselamatan kita sendiri ok. Kalau bukan kita, siapa lagi kan.

Terima kasih

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *