December 13, 2024
Food

Rasai Keenakkan Mango Float Royale Melaka di Sungai Putat

Mango Float Royale | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin membawa anda semua untuk meneroka salah satu tempat menarik yang ada di Melaka. Tempat yang saya maksudkan adalah Mango Float Royale (MFR) Melaka.

Untuk makluman semua, mango float ini merupakan salah satu tempat yang wajib anda singgah bila berkunjung ke negeri Melaka. Manakan tidaknya, ramai yang memberi saranan untuk ke sini jika berkunjung ke Melaka.

Sebelum ini bila sebut negeri Melaka, kita semua pasti akan terbayang keenakkan kuih keria dan air kelapa kocak (coconut shake), namun tahukah anda yang air mangga float ini mampu menandingi rasa kedua itu tadi.

Mango Float Royale Sungai Putat ini telah tular beberapa kali sebelum ini oleh kerana keenakkan air mangga yang dijualnya. Oleh yang demikian, saya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke sini  bagi merasai sendiri kesedapan dan keenakkan mango float royale ini.

Saya bersama rakan-rakan kesini pada hujung minggu yang lepas. Wah! memang meriah. Ramai sungguh pelanggan mereka di sini. Namun jangan bimbang kerana servis mereka cukup pantas. Tidak perlu untuk menunggu lama.

Selain dari air mangga, terdapat pelbagai lagi menu lain yang dijual digerai di sini. Kiranya macam konsep medan selera, anda boleh beli makanan dipelbagai gerai namun bayar secara berasingan. Antara menu lain yang dijual adalah keropok lekor cheese dan juga cendawan goreng cheese.

Cendawan goreng cheese
Keropok lekor cheese

Menurut pengasas MFR ini, Encik Nasrizal Zamani, dahulunya perniagaan air mangga float ini sekadar perniagaan depan rumah sahaja. Katanya, pada hari pertama hanya 6 gelas air terjual. Namun kini alhamdulillah pada hari biasa, 1000 gelas mampu terjual dan pada hujung minggu dan cuti umum, berlipat ganda gelas mampu dijual.

Pengasas MFR- Encik Nasrizal Zamani

Air Mango Float Royale yang dijual adalah pada harga RM5.50 untuk segelas. Rasa air ini cukup enak dengan campuran buah mangga segar yang di kisar halus. Ia juga disajikan dengan potongan buah mangga dan juga air krim vanila. Fuh! memang sedap tak terkata. antara menu yang wajib cuba.

Mango Float Royale Melaka

Dijangka beberapa bulan lagi, kendera saji (foodtruck) MFR ini akan mula beroperasi di Pantai Klebang. Jadi untuk yang berkunjung ke Pantai Klebang juga mampu untuk menikmati air MFR ini.

Buat anda yang ingin ke MFR bolehlah mengunjungi alamat seperti di bawah.

AlamatKampung Sungai Putat, 75350 Batu Berendam, Melaka

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung melalui mana-aman medium di bawah.

Instagram: Mango Float Royale Melaka

Facebook: Mango Float Royale Melaka

 

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Rasai Keenakkan Mango Float Royale Melaka di Sungai Putat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *