Kunjungi 3D Interactive Park dan Toy Museum di The Shore Melaka

3D Interactive Park dan Toy Museum | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai tempat menarik yang ada di Melaka iaitu 3D Interactive Park dan Toy Museum yang ada di The Shore Melaka. 

Jika sebelum ini saya telah kongsikan dengan ada semua salah satu tempat makan menarik di Melaka antaranya Mango Float Royale, kali ini saya ingin membawakan anda tempat untuk mengimbau kembali kenangan indah  zaman kanak-kanak anda iaitu ke Toy Museum dan 3D Interactive Park.

1.0 Toy Museum

Toy Museum ini merupakan ruangan yang mempamerkan pelbagai jenis permaianan yang ada. Ianya cukup sesuai untuk dikunjungi oleh para ibu bapa dan juga anak-anak. Di sini terdapat karakter yang digemari oleh anak-anak dan juga karakter kegemaran dewasa seperti Star Wars, Batman, Bumble Bee dan pelbagai lagi.

Jadi boleh saya katakan yang tempat ini sememangnya sesuai untuk seisi keluarga. Terdapat juga ruangan interaktif untuk anda berinteraksi bersama permainan video yang ada di dalam ini.

Apa yang menariknya di dalam ini terdapat pelbagai seksyen yang membolehkan anda mengenali karakter-karakter kartun yang anda gemari. Terdapat figura kecil dan juga besar. Jangan lepaskan peluang untuk anda bergambar di sini ya. Pastinya ia bakal menjadi kenangan terindah buat anda dan keluarga.

2.0 3D Interactive Park.

3D Interactive Park ini berada tidak jauh dengan Toy Museum itu tadi. Di sini terdapat pelbagai lukisan mural dan juga prop untuk anda bergambar. Ianya cukup signifikan yang menjadikan anda sebahagian daripada situasi yang digambarkan.

Pelbagai aksi yang obleh anda lakukan untuk menjadikan babak ataupun situasi tersebut betul-betul disuaikan (blend) dengan anda. Teruja betul saya dan kawan-kawan untuk bergambar di sini.

Selain daripada bergambar secara dalam 3 dimensi, ada juga lukisan di sini yang akan menjadikan anda tampak hebat dengan kebolehan memanjat bangunan, mengangkat kereta dan pelbagai lagi. Ikut kretiviti masing masing untuk beraksi macamana.

Menarik bukan? Ini hanyalah sebahagian daripada aktiviti yang terdapat di dalam ini. Buat anda yang kaki bergambar itu boleh lah datang ke sini dan mencuba segala imaginasi anda untuk bergambar.

Untuk bayaran masuk ke sini pula adalah:

Dewasa: RM30

Kanak-kanak: RM20

 

Namun bagi anda yang ingin datang ke sini dan meneroka segala apa jua tarikan yang terdapat di dalam The Shore ini bolehlah memilih untuk membeli pakej kombo iaitu Toy Museum dan juga 3D Interactive Park pada harga seperti berikut:

Dewasa: RM51 (Jimat RM9)

Kanak-kanak: RM34 (Jimat RM6)

Jadi buat anda yang ingin berkunjung ke Melaka bolehlah memasukkan tempat ini sebagai salah satu destinasi yang wajib anda singgah.

Berikut alamat tempat ini untuk rujukan anda.

Alamat:

Level 1, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia

Phone: +06 288 3833

Laman Web: Toy Museum The Shore Melaka

Jumpa anda di Melaka ya. 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Kunjungi 3D Interactive Park dan Toy Museum di The Shore Melaka

  • February 3, 2018 at 11:17 am
    Permalink

    salam sejahtera..

    wow.. pasti banyak peminatnya nih.. terutama wanita.. wanita suka selfie..^^

    Reply
  • February 4, 2018 at 7:39 pm
    Permalink

    Wah.. macam menarik je.. terima kasih atas perkongsian

    Reply
  • March 9, 2018 at 2:57 am
    Permalink

    Nampak menarik. Kalau pegi Melaka nak try pegi tempat ni juga la

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge