unifi Kini Berwajah Baharu Sempena 2018

unifi | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi utama di bawah TM iaitu unifi yang telah memperkenalkan wajah baharunya.

Acara pembukaan yang meriah.

Pengenalan wajah baharu ni lantas membuka era baharu dalam sambungan, ke arah mempercepat konvergens dan pemerkasaan digital. Majlis pelancaran ini juga mengumumkan penawarannya untuk kediaman, wifi, mudah alih dan TV. Ini adalah lanjutan dari penjenamaan semula unifi mobile yang sebelum ini dikenali sebagai webe.

Pelancaran cukup gilang gemilang ini disempurnakan oleh Dato’ Sri Shazalli Ramly, Pengarah Urusan dan Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan TM dan Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, bersama Imri Mokhtar (Naib presiden Eksekutif unifi), Jeremy Kung (Naib Presiden Eksekutif unifi TV), Moharmustaqeem Mohammed (Ketua Pegawai Eksekutif unifi mobile) serta barisan pengurusan kanan TM.

Imri Mokhtar

“unifi membuka lembaran baharu tahun 2018 dengan penampilan baharu serta lengkapnya pendekatan jenama tunggal merangkumi penawaran mudah alih dan tv sebagai tambahan kepada kediaman dan wifi. Kami kini satu-satunya jenama di Malaysia yang menawarkan sambungan internet menyeluruh sebenar di mana-mana sahaja seperti di kediaman, di wifi awam, perkhidmatan mudah alih, serta pelbagai kandungan bertaraf dunia, semuanya di bawah satu bumbung. unifi menyempurnakan pengalaman konvergens untuk membolehkan aspirasi digital pelanggan kami.” Imri Mokhtar.

Dengan ini unifi menawarkan kepada rakyat Malaysia dengan himpunan produk dan perkhidmatan komprehensif melalui penawaran bernilai tambah seperti unifi home, wifi@unifi, unifimobile, unifi TV dan unifi Play TV.

1. unifi home

unifi home telah memperkenalkan perfect squad iaitu skuad sempurna bagi mendekati mana-mana pelanggan yang ingin melanggan perkhidmatan unifi di kawasan yang mempunyai port unifi sedia ada di seluruh negara. Skuad ini akan datang untuk mendaftarkan pelanggan baharu, dan membuat temujanji bagi pemasangan unifi ke kediaman pelanggan.

2. unifi mobile

Sebelum ini telah dikenali sebagai webe. Perkhidmatan sepenuhnya ini akan mencipta satu lagi catatan baru dalam industri dengan pengenalan unifi mobile #BEBAS. Ia merupakan produk pertama yang memenuhi kehendak pelanggan dan apa yang mereka mahukan daripada produk mudah alih.

3. unifi tv/ unifi play TV

Dahulunya dikenali sebagai HyppTV, kini unifi TV membawakan penawaran yang lebih interaktif dan inovatif. Selaras dengan itu, unifi tv telah melancarkan program Teka Tekan yang membolehkan penonton berinteraksi dengan permainan ini dan memenangi wang tunai sehingga RM20,000 satu malam. Baca lanjut di sini.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran pelbagai perkhidmatan unifi ni bolehlah anda layari mana-mana medium seperti di bawah.

Web: www.unifi.com.my/tv

Facebook www.facebook.com/unifiTV

Twitter: www.twitter.com/unifiTV

Instagram:  www.instagram.com/unifiTV

Youtube: www.youtube.com/tmyoutube 

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge