Menang RM20,000 Setiap Hari Melalui Rancangan Teka Tekan di Unifi TV

Semua orang boleh menang di Teka Tekan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai program yang terbaru di unifi tv iaitu program Teka Tekan.

Program yang menawarkan hadiah sehingga RM20,00 setiap malam. Rancangan ini telah mula bersiaran semenjak 15 Januari 2018 yang lalu. Rancangan yang menawarkan hadiah kepada pemenang ini disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat yang menampilkan pelbagai jenis soalan yang menarik untuk anda jawab.

Rancangan ini disiarkan di saluran  HyppSensasi HD (Channel 116) pada pukul 8.30 malam. Rancangan ini juga bersiaran di aplikasi unifi playTV ataupun dahulunya dikenali sebagai  HyppTV Everywhere.

Program ini cukup menghiburkan untuk ditonton bersama keluarga dengan RM20,000 setiap hari sebagai hadiah untuk diberikan kepada pemenang. Jadi maksudnya sebanyak RM100,000 diberikan seminggu kepada pengguna yang berjaya menjawab segala soalan dengan betul.

Cara soalan diutarakan.

Format rancangan cukup mudah. Anda hanya perlu menonton rancangan ini pada pukul 8.30 malam, dan jawab soalan yang diberikan oleh pengacara bertugas. Apabila soalan telah diajukan, anda mempunyai 45 saat masa untuk menjawab soalan tersebut menggunakan alat kawalan jauh anda.

Dengan 4 pilihan warna di butang alat kawalan jauh anda, anda perlu menjawab berdasarkan 4 pilihan jawapan yang disediakan. 5 soalan akan diberikan pada setiap episod.

Jeremy Kung, Timbalan Presiden Eksekutif, Media Baru, unifi menunjukkan cara menjawab soalan menggunakan alat kawalan jauh

Oh! Lupa untuk saya kongsikan yang rancangan ini bakal diacarakan oleh beberapa pengacara yang terkenal di tanah air iaitu,  Acong Sweet Child, Farouk Hussein, Shuib Sepahtu dan Anas Ridzuan. 2 pengacara akan ditugaskan setiap malam bersama seorang selebriti jemputan.

Pengacara Teka Tekan

Jadi sekarang anda bolehlah berkumpul di hadapan televisyen anda bersama keluarga untuk menyaksikan rancangan ini sambil berinteraksi dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan mengambil bahagian dalam program yang menghiburkan ini.

Berita baik untuk anda semua, semperna tayangan program Teka Tekan ini, pihak HyppSensasi HD (Channel 116) memberikan siaran percuma kepada semua pelanggan mereka untuk memberikan peluang kepada mereka mengambil bahagian dalam rancangan TEKA TEKAN. Selain itu juga anda dapat menikmati segala kandungan yang menarik di HyppSensasi HD.

unifi TV sekarang memberikan 108 saluran dengan 55 saluran dalam Definisi Tinggi (HD). ianya meliputi 53 saluran premium, 25 saluran percuma, 2 saluran radio, 7 saluran Video-On-Demand (VOD) dan 21 saluran interaktif dalam pelbagai genre dalam harga yang mampu milik melalui pakej atau pebelian secara ala-carte. Oleh sebab itulah pelanggan mereka meningkat hari demi hari, dan setakat ini legih 1.6 juta pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai  unifi TV, bolehlah melayari mana-mana medium di bawah.

Web: www.unifi.com.my/tv

Facebook www.facebook.com/unifiTV

Twitter: www.twitter.com/unifiTV

Instagram:  www.instagram.com/unifiTV

Youtube: www.youtube.com/tmyoutube 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Menang RM20,000 Setiap Hari Melalui Rancangan Teka Tekan di Unifi TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge