Jom Menang Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Traveloka Fly & Win CNY Contest.

Untuk makluman semua, kontest ini dianjurkan oleh piahk Traveloka dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk anda rebut. Mekanisma kontest ini tidaklah sukar dan sesuai untuk anda yang sukakan permainan mudah dalam peranti anda. Main-main dan menang. Mudah kan?

Apa Traveloka Fly & Win CNY Contest

Semua sedia maklum bahawasanya Malaysia ini merupakan antara negara yang paling banyak cuti di dunia. Jadi tidak hairanlah kita sebagai rakyat Malaysia ini gemar untuk bercuti ke situ dan ke sini. Bagi yang berkeluarga pastinya masa cuti inilah masa yang sesuai bagi mereka untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Kiranya quality time la gitu.

Seperti kita sedia maklum, cuti bagi Tahun Baru Cina akan menjelma tidak lama lagi. Kalian sudah merancang untuk percutian hebat anda sekeluarga?

Aku sendiri masih belum membuat sebarang perancangan untuk bercuti ke mana lagi. Hajatnya nak pergi ke seberang sungai sahaja iaitu ke Thailand. Tapi itulah, sekarang ini nak bercuti ke sana pun kena buat perancangan yang teliti. Kalau dulu bolehlah main angkut beg galas dan pergi sahaja bercuti tanpa perlu fikirkan benda lain. Sekarang banyak yang nak kena fikir.

Jadi tatal punya tatal di Facebook terjumpa la mengenai Traveloka Fly & Win CNY Contest.. Wah! Ini peluang terbaik nak bercuti secara percuma ni. Almaklumlah rakyat Malaysia ini, kalau dengar perkataan percuma tu cepat sikit kan. Aku pun tak terkecuali. Free kot! Siapa tak nak bukan?

Cara Permainan Traveloka Fly & Win CNY Contest

Susah ke nak menang ni? Ala senang je kekawan semua. Kalau aku yang join tu maksudnya senang la tu. Sebab aku ni memilih sikit. Nak main permainan yang susah memang awal-awal lagi aku akan tarik diri.

Mari sini aku kongsikan dengan kalian cara untuk main.

  1. Pertama sekali kena pergi ke webpage Cny 2018 contest ini
  2. Log masuk dengan akaun Facebook
  3. Mulakan bermain.
  4. Tap anak panah untuk memulakan permainan
  5. Gerakkan ke kiri dan kanan untuk menggerakkan kapal terbang anda.
  6. Elak halangan. Pastikan anda sentiasa berwaspada dengan halangan yang menerjah.
  7. Kalau nampak ang pow, kutip sebab itu markah ekstra untuk anda.
  8. Selepas selesai bermain itu, jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan anda juga. Ajak seramai mungkin kawan anda untuk sertai. Tapi maksimum 5 kali sehari sahaja lah.

Mudah bukan?

Tapi kalau mudah sangat kan semua menang pulak. Jadi kena pastikan yang anda mengumpul markah tertinggi antara semuanya untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Anda perlulah bermain dengan teliti dan bersungguh-sungguh dalam mengelak segala mercu tanda yang mendatang. Jangan main langgar pula dengan kapal terbang anda itu.

Yelah kan, nama pun permainan. Kalau langgar bangunan tu tak boleh lah. Kalau dunia nyata, langgar bangunan memang dah arwah la anda. Namun segalanya tak mustahil. Sebenarnya mudah sahaja nak main ini. Tapi kenalah fokus. Yang ada anak kat tepi tu, lenakan anak dahulu supaya tidak mengganggu konsentrasi. Yang bekerja pulak, pastikan jangan main masa kerja. Nanti aku report kat majikan kalian! hahahaha.

Nak main kena pastikan talian internet anda stabil la. Jangan tetiba lag pula. Tak pepasal kita sendiri yang naik angin. Tapi nak lagi bagus gunalah telefon bimbit kerana lebih mudah untuk mengawal kapal terbang tersebut. Nak guna PC desktop tu boleh tapi bagi aku, lebih suka guna telefon bimbit. PC ini besar dan susah nak kawal weh. Nak menang, kenalah bermain dengan selesa. Tak gitu?

Syarat Penyertaan Traveloka Fly & Win CNY Contest

Setiap pertandingan mestilah ada syarat-syarat dia kan. Tak lah main redah sebegitu sahaja. Jadi jom baca dulu apa itu syarat penyertaan bagi kontest ini supaya penyertaan anda diterima.

1. Mestilah seorang warganegara Malaysia. Warganegara lain selain Malaysia tidak boleh menyertai pertandingan ini. Tidak kiralah anda dari  Zimbabwe, Uganda sekalipun, hanya yang tinggal di Malaysia sahaja yang diterima.

2. Mestilah berumur 18 tahun pada Januari 2018. Bagi yang umur bawah 18, minta kebenaran mak ayah terlebih dahulu ya. Yang tiada internet di telefon pun minta kebenaran mak ayah nak beli topup tu.

3. Wajib. Ya wajib baca dan faham syarat dan peraturan yang disediakan pihak Traveloka di webpage mereka.

Oh ya! Lupa untuk saya maklumkan bahawasanya kontest ini berlangsung dari 00:00 of 22nd Jan 2018 sehingga 23:59PM, 28th Feb 2018. Jangan lupa untuk alert dengan tempoh masa peraduan ini ya. 

Hadiah Traveloka Fly & Win CNY Contest

Meriah ke tidok hadiah dia ni?

Meriah la adik kakak sekalian. Mana tidaknya pemenang dapat pergi keluar negara kot. Ke mana?

Tempat pertama akan berpeluang utnuk pergi ke Seoul Korea! Anhyeong haseyo. Semua ditanggung ya. Dari tiket penerbangan hinggalah ke penginapan. 6 hari 5 malam kot. Tak pergi keseorangan ya, anda boleh bawa seorang lagi. Maksudnya untuk 2 orang pemenang la. Allahu! I hope I win this.

Tempat kedua pula anda akan memenangi 5 hari 4 malam ke Phuket Thailand! Sawasdee khap. Khun arai na khap. Yang ini pun segalanya ditanggung awak. Ketap bibir saya nak menang hadiah ini. Tiket penerbangan dan penginapan juga ditanggung untuk 2 orang.

Tempat yang ketiga juga tidak kurang hebatnya. Kali ini pemenang akan ke Langkawi Kedah Malaysia. Selamat mai ke Kedah hampa semua. 4 hari 3 malam kat Langkawi, sapa tak mau kan? Ini pun ditanggung sepenuhnya tanpa ragu lagi.

Selebihnya, hadiah untuk peserta yang berkongsi Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di Facebook adalah dua baucar Traveloka bernilai RM1000. Untuk kategori ini pihak Traveloka akan memilih dua pemenang di mana setiap seorang pemenang akan memenangi baucer Travel RM1000 daripada Traveloka.

Pesanan

Amacam menarik ke tidak? Jarang sekarang ini main games pun boleh menang hadiah mewah sebegini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menang ya kalian semua.

Untuk maklumat lanjut bolehlah kalian layari laman web Traveloka ini.

p/s: Jangan lupa tewaskan aku ya. If you can lah!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Jom Menang Bersama Traveloka Fly & Win CNY Contest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge