Nikmati Vegetarian Buffet Lunch di The Settlement Hotel Melaka
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai bufet makan tengah hari vege ataupun vegetarian buffet lunch di Hotel The Settlement Melaka.
Untuk makluman semua, kita sedia maklum kepelbagaian kaum dalam negara kita menjadi rencah dalam pelbagai masakan yang ada dalam negara tercinta ini. Mana tidaknya ada sesetengah orang yang tidak boleh makan makanan tertentu yang menjadikan lagi kepelbagaian dalam makanan yang ada.
Bagi Hotel The Settlement, mereka mengambil inisiatif untuk mengadakan vegetarian buffet lunch di hotel mereka bermula Disember 2017 yang lalu. Aktiviti bulanan yang dijalankan ini menyajikan pelbagai menu masakan vege yang menarik dan sedap untuk anda nikmati.
Selain daripada itu juga, yang paling utama, 20% kutipan daripada bayaran untuk bufet ini akan diserahkan kepada pertubuhan amal Wings Melaka untuk diberikan kepada insan yang memerlukan. Jadi dalam erti kata lain, anda makan dan anda dapat juga menyumbang sedikit sebanyak kepada pertubuhan ini.
Baiklah sekarang kita akan berbicara tentang menu yang disajikan di sini. Terdapat pelbagai menu makanan vege yang disajikan. Menitik beratkan mengenai pantang larang penganut yang menikmati makanan vege ini, segala elemen berasaskan haiwan dibuang daripada masakan.
Namun rasa yang disajikan memang tidak usah ditakwil kerana ianya cukup enak. Saya juga pertama kali menikmati makanan vege sebanyak ini cukup tertanya-tanya apakah bahan yang digunakan dalam menyediakan masakan enak ini.
Menurut Chef Isa, iaitu chef eksekutif di The settlement Hotel, kesemua bahan menggunakan sayur dan bahan berasaskan tumbuhan. Katanya dalam penyediaan makanan banyak menggunakan sayuran seperti cendawan, soya, timun, kekacang, dan banyak lagi.
Bagi saya, jujur untuk saya katakan, kalau sekali makan memang saya tak tahu yang itu sebenarnya 100% berasaskan tumbuhan. Itu belum lagi makan makanan yang sememangnya popular seperti kari dan sebagainya.
Jom kita saksikan apa makanan yang disajikan pada bufet ini.
Menurut Chef Isa, makanan yang disajikan ditukar menu setiap bulan bagi memastikan kelainan dalam setiap makanan yang dihidang. Jadi tak ada lah orang yang akan kata bahawasanya menu yang sama sahaja. Dengan kepelbagaian hidangan ini bakal memberikan lebih lagi pengalaman makan yang berbeza kepada pelanggan.
Bagi umat Islam pula, usah khuwatir dan bimbang kerana makanan yang disediakan adalah halal dan dimasak oleh seorang chef Muslim 🙂
Jadi buat anda yang ingin merasai makanan vegetarian yang sedap dan enak bolehlah berkunjung ataupun membuat pesanan di Hotel The Settlement Melaka ini. Harga untuk setiap pax adalah hanya RM45++ sahaja.
Untuk sebarang maklumat lanjut ataupun tempahan bolehlah menghubungi melalui mana-mana medium seperti di bawah.
Laman web: The Settlement Hotel
Instagram: @the_settlement_hotel
Talian: +6012-675 1448 (Ammelyn Wong)
alamaaak… sedap sekali itu makanan… mau lah bang… lapar ini^^
Juni kena cuba kalau datang ke Melaka Malaysia
saya belum pernah makan Masala Kacang Kuda.. enak ke?
Rasa yang lain. Kalau anda gemarkan kekacang, kena cuba la baru tahu rasanya