Sejuknya Mandi Air Telaga…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dah lama jugak blog aku ni tidak terupdate. Almaklum la sibuk. Sekarang aku masih lagi berada kat kampong. Dapat jugak aku balik setelah 2 bu.an lebih tak merasa tidur atas katil sendiri.

Banyak yang best dok kat kampong nih sebenarnya. Tapi dalam banyak-banyak yang best tu ada la jugak terselit yang tak beberapa bestnyer. Antaranya kena mandi air telaga. Aku kalau bab mandi ni memang agak susah sket la kalau air telaga nih. Kalau kat hostel tu aku memang suka sangat la kalau bab mandi nih. Dapat gak menyegarkan badan.

Pakcik Google punya gambar

Aku yang paling anti untuk mandi kat kampong ni ialah mandi waktu pagi. Ya Allah memang sejuk giler air telaga tuh. Memang terasa sejuk sampai ke tulang sum-sum la jawabnya. Sebab tu aku jarang mandi pagi. Nak ambik wudhuk pom terasa macam ais jer. Tapi kalau mandi yang wajib tu memang la kena mandi kan. Tak kira la sejuk ataupun tidak. Haha..

Kesejukkan air telaga ni memang tak dapat ditandingi dengan air yang dibekalkan jabatan bekalan air tuh. Aku kalau nak mandi pagi, mesti pergi kat kolam air panas. Nasib baik la dekat jer ngan umah aku. Tak payah mandi air telaga pagi-pagi.. =)

 

AM: Cuti sudah habis. Teringin nak pulang semula ke university.. Oyehh!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

10 thoughts on “Sejuknya Mandi Air Telaga…

  • November 11, 2011 at 2:03 pm
    Permalink

    sedak pe air telaga tapi aku maso kecik2 duk umoh ngasuh ado telago so kt umh dio..tapi gak aku takut sebab gayat tep..haha..
    paihujey baru jer tulis pasal..Semuanya Satu Kembali

    Reply
  • November 12, 2011 at 6:02 pm
    Permalink

    hahahaha..duk kampung memang best..nyaman n tenang je.
    bunyi2 pun adoii tiba2 rasa rindu dah..
    aah bukan air telaga je..selalunya air kat kampung memang sejuk.kat rumah kampung sekarang banyak guna kolah..haa yang tuh sejuk sama je air perigi.mas kalau bangun awal kul 6 pun,memang menggigil la.tapi paling2 suka pemandangan kabus..cantik sungguh!

    Reply
    • November 13, 2011 at 6:10 am
      Permalink

      Air kolah mas? Yang tu lagi sejuk dari air telaga oo.. Memang menggigil kalau nak mandi pagi tuh. tapi betul la kat kampung memang udara nyaman dan aman je rasa. Tak bising-bising. 😀

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge