September 13, 2024
Hal-hal Semasa

Semester Baru, Semangat Baru..

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sehat ker semua? Alhamdulillah hari ini kita masih bernafas untuk kesekian kalinya.

Alhamdulillah aku sudah memasuki semster ke 4 di universiti ini. Masih berbaki 2 tahun untuk aku menghabiskan pengajian aku dalam bidang kejuruteraan kimia ini. Semoga semuanya berjalan dengan baik.

Selepas melalui zaman kejatuhan pada semester lepas, aku menapak naik untuk mendapatkan keputusan yang baik. Syukur sangat-sangat kerana aku dapat melalui saat-saat getir itu. Hanya Allah saja yang tahu betapa peritnya aku pada semester lepas. Mungkin jika tanpa emosi yang kuat, aku mungkin terkandas. Syukurlah masih ada keluarga dan sahabat yang memahami situasi aku.

Namun setiap kesusahan ada kemudahan (Al- Insyirah, ayat 6). Yakinlah dengan janji Allah itu. Alhamdulillah semester ini aku berazam untuk mendapatkan keputusan yang lagi baik dari semester sebelumnya. Untuk pengetahuan anda, pointer aku semakin naik semester demi semester. Alhamdulillah..

Apapun semoga semester ini dan yang akan mendatang memberikan aku sejuta pengajaran serta ilmu yang berguna. Tidak mahu menoleh kebelakang lagi kerana inilah jalan yang aku pilih. Kejuruteraan bukanlah bidang kegemaran aku namun Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk aku. Inilah pilihan aku. Manusia yang tidak pernah merasa pahitnya kegagalan takkan pernah merasa manisnya kejayaan.

Semoga kejayaan akanku genggam untuk kemaslahatan umat bersama.

KeranaMu aku masih bernafas, keranaMu aku gagah..

 

AM: Alhamdulillah, selepas mendapat sedikit rezeki dari bro Eryqazz minggu lepas, hari ini aku berjaya lagi mendapat hadiah dari beliau. Ini juga rezeki dari Sang Pencipta yang dititipkan kepada bro barangkali. 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

8 thoughts on “Semester Baru, Semangat Baru..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *