January 22, 2025
Lain-Lain

Sohoque.com Menawan Ruang Pejabat Nuffnang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua para pembaca yang budiman sekalian. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Pada beberapa hari lepas, iaitu hari Jumaat 23 Ogos telah diadakan satu sesi #lepakwithNuffies bersama Nuffies pilihan minggu tesebut iaitu Trixha yang bertujuan untuk berbual secara dua hala antara blogger dan pihak Nuffnang. Sesi lepak ini diadakan untuk mengetahui serta mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara blogger dan pihak Nuffnang itu sendiri. (betul ke tidak ayat aku ini)

Anne Cheah- Ketua untuk bahagian Hubungan Komuniti
Anne Cheah- Ketua untuk bahagian Hubungan Komuniti

Sesi lepak ini dimulakan pukul 4 petang dan sepatutnya berakhir pukul 6 petang. Namun Saudara Ishak dari Sohoque.com telah MENAWAN bilik Beanbag Nuffnang itu dengan soalan yang bertubi-tubi.

Tak menang mulut pihak Nuffnang menjawabnya. sampaikan kami yang lain sekadar mendengar dengan penuh khusyuk. Nasib baik ada Bro Ishak ni, kalau tak memang senyum simpul la aku dalam bilik tuh. Tak tahu nak tanya apa. Kelu dan kedu rasanya.

Antara yang hadir bersama Nuffies sekalian
Antara yang hadir bersama Nuffies sekalian

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Kepada para blogger yang ada sebarang pertanyaan yang terbuku dihati setelah sekian lama, eloklah datang ke sesi seperti ini untuk bertanyakan soalan anda. Jangan biarkan persoalan anda selamanya menjadi misteri.[/pullquote]

Apapun banyak persoalan panas yang berjaya diutarakan oleh Saudara Ishak dan dijawab dengan berhemah oleh pihak PR Nuffnang yang diketuai oleh Anne Cheah. Dah macam lepak dengan Anne Cheah dah pulak. Kesian kat Trixha yang malu-malu.

Antara blogger lain yang turut serta dalam sesi ini ialah Anuar dari Penaberkala dan Alvin.

Apapun semoga hubungan 2 hala antara dua pihak ini dapat diteruskan lagi untuk menjadikan komunikasi lebih baik dimasa akan datang.

Kepada para blogger yang ada sebarang pertanyaan yang terbuku dihati setelah sekian lama, eloklah datang ke sesi seperti ini untuk bertanyakan soalan anda. Jangan biarkan persoalan anda selamanya menjadi misteri.

Apepun, kek Mille Crepe dari Humble Beginning ni memang sedap.. 🙂

Mille Crepe

 

AM: Agak-agak bila nak makan kek Mille Crepe pulak nih. Sedap siot!

 

Gambar kredit to Sohoque.com 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

24 thoughts on “Sohoque.com Menawan Ruang Pejabat Nuffnang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *