Superstar of Magic 3 di Genting Highlands
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang budiman sekalian. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman menonton pertunjukan silap mata di Genting Highlands pada Khamis lepas.
Pertunjukan silap mata bertaraf antarabangsa ini diberi nama Superstar of Magic 3. Ini kerana edisi kali ini merupakan kali ke 3 seumpamanya diadakan di Genting Highlands. Memang menarik! Saya dari dulu lagi merupakan peminat kepada seni silap mata ini.
Ini merupakan kali pertama saya melihat ahli-ahli silap mata yang antara terbaik di dunia. Memang mengujakan. Bagaimana mereka melakukan silapmata di depan mata kita sendiri. Agak sedikit konfius dan kebingungan memikirkan bagaimana mereka melakukannya.
[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Superstar of Magic 3 kali ini membariskan 7 ahli silap mata tersohor dunia[/pullquote]
Untuk makluman, edisi kali ini berlangsung dari 8 Ogos sehingga 6 Oktober pada 9 malam setiap hari! Ohsem right? For those who love magic, I recommend for all of you to watch this show okey. Memang silap mata mereka antara terbaik dan jarang kita lihat.
Dan untuk makluman, edisi ke 3 Superstar of Magic ini membariskan 7 ahli silap mata tersohor iaitu Rafael (Belgium), Ed Alonzo (USA), Â David Caplan (USA), Double Fantasy (Ukraine), Jordan Gomez (France), Lim Jae Hoon (Korea), Aaron Crow (Belgium) and Gaetan Bloom dari France.Â
Memang semua ahli silap mata ini mempunyai kepakaran serta genre mereka tersendiri. Kalau korang nak tahu, kenalah tontonnya sendiri. Tapi bagi saya, saya amat sukakan persembahan Jae Hoon dari Korea. Dengan mempersembahkan magik burung merpatinya. Saya sedikit bingung dari mana munculnya berpuluh ekor burung itu. Nak kata dia sembunyikan dalam jubahnya, tak logik sebanyak itu. Apapun hanya ahli silap mata sahaja yang tahu dari mana datangnya merpati warna-warni tersebut.
Jom tengok sedikit persembahan Jae Hoon yang saya jumpa di youtube rasmi Jae Hoon ini.
Menarik bukan? Nak menontonnya dengan mata sendiri, ayuh ke Genting Highlands sebelum 6 Oktober untuk menyaksikan silap mata terhebat sepanjang zaman digabungkan dalam satu pentas.
Dengan harga tiket serendah RM30 sehingga RM250, memang berbaloi-baloi untuk ditonton oleh semua rakyat Malaysia. Rugi kalau tak tontonnya sekarang. Jarang-jarang sekali persembahan ahli silap mata terhebat dunia ini digabungkan atas satu pentas di Malaysia ini.
Untuk maklumat lanjut bolehlah pergi ke Facebook rasmi Superstar of Magic atau hubungi (603)27181118 untuk tempahan.
Jumpa anda di sana 🙂
Namanya pun silap mata kat AM. Kalau kita tahu, dah tak silap mata lagi dah. Eh, dah terlanjur sampai ke Genting tu katanya entertainment park semuanya nak ditutup ke?
Outdoor jer kak. yang dalam masih boleh main lagi. yang luar tengah renovate. Nanti akan ada Fox studio kat sana. Maybe siap 2016 nanti. Tak payah la gi singapore dah..hehe
Perghhhhh,nok signnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!
Sain atah dahi ko?
ya memang seronok kalau dapat menyaksikan super star dalam silap mata ini..
Jom la pergi tonton bro.. Memang seronok habis
Lepas nie boleh la buat magic kat awek pulak yea… hahahahaha
semoga sulap2 yang ditampilkan bukan hal2 yang membuat merinding dan miris nie