Tingkah Geruh, Memartabatkan Seni Budaya Nusantara

Asslamualaikum dan salam sejahtera baut semua para pembaca yang saya kasihi sekalian .Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ignin kongsikan dengan anda semua mengenai program Tingkah Geruh 2018.

Saya pasti anda semua mengenali susuk yang bernama Noraniza Idris bukan? Saya juga tidak terkecuali. Untuk makluman semua, program Tingkah Geruh ini adalah hasil cetusan idea beliau melalui Noraniza ldris Production Ventures Sdn. Bhd bersama Persatuan Tatihseni Malaysia dan Persatuan Belia Kota Gagasan.

Noraniza Idris

Program Pemasyhuran Budaya Tingkah Geruh 2018, sempena Festival Akar Kita Zapin 2018, bermula 27 hingga 20 April 2018, bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Buat pertama kalinya juga selepas 4 tahun dianjurkan, penganjur diberi kepercayaan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi RTM untuk menerbitkan program Tingkah Geruh 2018 sebagai sebuah rancangan realiti berkonsep hiburan umum berdurasi 2 episod untuk peringkat Kebangsaan dan 01 episod x 120 minit untuk peringkat Nusantara. Program ini akan menjadi penerbitan siaran tertunda eksklusif RTM.
Dengan penambahbaikan format pertandingan daripada musim yang lalu, Tingkah Geruh 2018 membawakan dua (2) segmen utama iaitu Geruh Bertandak dan Tingkah Geruh yang akan menampilkan 8 kumpulan peserta kebangsaan untuk merebut tempat sebagai Juara Tingkah Geruh 2018 dan selerusnya akan berentap dengan lkon Akar Kita Zapin untuk gelaran Ikon Tingkah Geruh 2018. Dua (2) terbaik ini nanti akan menempah tempat untuk bertanding kehebatan bermain zapin dengan wakil dari negara Singapura, Brunei dan Indonesia.
Kumpulan yang mengambil bahagian peringkat Kebangsaan ialah Nyala Dance (Kuala Lumpur), Masyhur Zafana (Sekolah Seni Malaysia Johor), Adikarma (Universiti Sains Malaysia), Persadatari (Universiti Malaysia Terengganu), Pertubuhan Kesenian Tradisi, Jalinan Anak Seni Teater, Tari & Sastera Kelantan – Senitra Jastera (Kelantan), Nilakarma (Universiti Sains Malaysia), Auramustika (Universiti Malaysia Terengganu) dan Majlis Kesenian Daerah Kluang (Johor). Dengan penampilan khas Ikon Akar Kita Zapin, Sanggar Budaya Sri Pengkalan (Kuala Lumpur) yang mengekalkan Kejuaraan Tingkah Geruh Kebangsaan dan Nusantara 2012, 2014 dan 2015.
Kumpulan Nusantara pula terdiri daripada kumpulan kesenian Era Dance Theatre Ltd (Singapura). Sanggar Latah Tuah (Universiti Islam Negeri Sultan Kassim, Riau, Indonesia). Penggiat Seni Tanahair Brunei (Brunei) dan Sanggar Tasek Seminai (Siak, Indonesia).
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM INDUSTRI KREATIF MENERUSI SESI LATIHAN MENTOR MENTEE
Seiring dengan kesedaran untuk menjadikan idea kreatif sebagai pencetus perniagaan, Festival Akar Kita Zapin 2018 kali ini telah disusun agar menjadi sebuah platform kemahiran yang berpotensi ke arah menjana ekonomi digital melalui sesi bimbingan latihan Mentor Mentee.
Puan Noraniza Idris bercakap mengenai program yang diadakan
Program yang dilaksanakan dalam Festival Akar Kita Zapin 2018 pada 27 hingga 29 April 2018 di Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, melibatkan penyertaan utama seramai 120 orang yang mengambil bahagian dalam beberapa acara yang telah disusun sebagai tugasan, dilatih sebagai ketua kumpulan kepada peserta-peserta berdaftar menerusi aktiviti “Bengkel Pembangunan Modal lnsan Sesi Latihan Mentor Mentee”.
Y.M. Tengku Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Azman Shah Alhaj merasmikan pelancaran Tingkah Geruh 2018.
Terdapat lebih 20 buah acara menarik sebagai platform latihan peserta sepanjang 3 hari. Melalui sambutan yang menggalakkan, peserta berdaftar ini t mencecah lebih 2200 orang berusia antara 15 hingga 40 tahun daripada kalangan pelajar sekolah, Universiti Awam dan Swasta, lndividu, NGO serta agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berminat untuk turut secara percuma.
Tetamu kehormat yang turut sama hadir pada majlis perasmian program
Program ini merupakan sebuah platform bengkel kemahiran yang berpotensi menjana ekonomi digital dengan menjadikan idea kreatif sebagai pencetus perniagaan melalui sesi latihan Mentor Mentee. la menyediakan platform pengetahuan dan kemahiran melalui pengkhususan penggunaan alat telefon pintar sebagai medium yang bakal dikendalikan oleh pakar bidang dan profesional dalam industri. Bahkan program ini juga telah mendapat sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pendidikan serta Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Untuk Maklumat Lanjut, sila hubungi:
Holline : +6016-291 8066
FaceBook: Akar Kita Zapin
InstaGram: Akar.Kita.Zapin dan Malay_world_culturaLparadise
YouTube: noraniza ldris production ventures

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge