September 16, 2024
Lain-Lain

#amirmakan: Daging Kambing Panggang Ala Bujang Senang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khbar semua? Semoga sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah sudah lama rasanya kita tidak bertemu dalam segmen #amirmakan. Namun kali ini saya datang lagi untuk segmen kali ini dengan menunya iaitu Daging Kambing Panggang.

Cara-caranya cukup mudah dan barangannya juga cukup mudah dijumpai. Bahan-bahan yang diperlukan hanya danging kambing dan sos perapan. Sos yang saya guna untuk perap daging kambing ada sos barbeku jenama Life. Memang sedap dan berbaloi.

Daging kambing diperap sempurna.
Daging kambing diperap sempurna.

Untuk penyediaan, hanya perlu perapkan daging kambing tadi dengan sos Barbeku Life dan biarkan selama beberapa jam. Lagi lama lagi bagus sebabnya daging kambing tadi lebih sebati dengan sos tersebut.

Sudah siap untuk dihidang.
Sudah siap untuk dihidang.

Akhir sekali sedia untuk dipanggang! Dibakar ataupun digoreng. Tapi memandangkan saya berada dirumah bujang sahaja. Saya masak dalam kuali. Masih sedap rasanya. Tapi mungkin tak sesedap daging bakar atau panggang la. Namun sesuai dengan citarasa saya.

AM: Jangan lupa untuk mencuba resepi mudah ini. 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

14 thoughts on “#amirmakan: Daging Kambing Panggang Ala Bujang Senang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *