April 19, 2024
Hal-hal Semasa

Bayar Lebih Untuk Guna Tandas Bersih?

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang budiman sekalian. Salam hari Jumaat yang penuh barokah. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada kali ini ingin saya utarakan perbincangan ataupun buah fikiran mengenai isu tandas bersih yang berlaku di Malaysia.

Saya yakin manusia yang normal perlu ke tandas paling minimum pun sekali sehari untuk melunaskan segala hajat yang ada, namun adakah anda seorang yang amat tidak memilih untuk menggunakan tandas yang bagaimanapun rupanya?

Saya yakin semua rakyat Malaysia pernah menggunakan tandas awam. Bagaimana penilaian anda?

[important]

1) Ok la sebab nak buang air sahaja

2) Terbaik.

3) Kotor sangat.

4) Tandas je pun. Apa yang dikisahkan.

[/important]

tandas

Mungkin ada yang tidak kisah namun ada beberapa tandas awam yang sememangnya tak lalu untuk saya gunakan. Saya bukanlah cerewet sangat. Nak buang air je pun, takkan la nak tandas sampai ada aircond. Bukan begitu maksud saya. Ini demi keselesaan pengguna. Ada tandas yang nak masuk tu bayar kemain. Sekarang paling minumum dah 30 sen sekali masuk. Tapi bila masuk banyak pulak benda yang ada dalam toilet tuh. ‘Kayu balak” dan ‘air hujan’ penuh dalam mangkuk tandas. Oh!

Mungkin tak boleh salahkan penjaga, namun sebahagian rakyat Malaysia mungkin masih kurang sivik pasal hal ini. Ataupun masih ada yang belum tahu menggunakan tandas dengan betul! Tu belum iklan-iklan mengarut kat sekeliling tandas tu.

Apapun tandas di pusat membeli belah biasanya yang selesa untuk digunakan. Sebab mungkin tu salah satu aspek keselesaan pengguna yang dititik beratkan. Bagi saya, saya rela untuk membayar lebih untuk menggunakan tandas yang selesa dari bayar 30 sen untuk perkhidmatan yang entah apa-apa.

Anda pula bagaimana?

AM: Tandas awam bayar 30sen, tandas stesen LRT RM1.20. Aku rela guna tandas kat stesen LRT.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

15 thoughts on “Bayar Lebih Untuk Guna Tandas Bersih?

  • Mengerikan mengunakan tandas awam. Kalau ada usaha pihak swasta dan PBT barulah ada tanda-tanda kebersihan. Satu lagi sifat pengguna itu sendiri, selepas buang hajat tidak reti untuk bersihkan.

    Reply
    • Setuju.. Sebab toilet ni jugak mencerminkan sikap rakyat sesebuah negara tuh.. Kalau tandas awam kotor, tu maknanya ramai rakyatnya yang tak reti jaga kebersihan.

      Reply
  • Kena banyak sabar kalau singgah kat tandas awam,sebab ramai penggunanya yang tak menjaga kebersihan dengan meng_FLUSH itu-itu.

    Reply
    • Mungkin mereka masih belum tahu apa fungsi flush..haha. Berfikir positif..

      Reply
  • memang jarang guna tandas awam sebab tak sanggup nak ke sana ..kotor dan berbau.. kita penggunapun kena sama-sama menjaga kebersihan.. kalau harga mahal sekalipun tetapi kita tidak bersama menjaganya ..keadaan akan jadi sama..

    Reply
  • kdg2 kita bayaq..tandas masih dibawah skala kotor jugak..huhu..xpa lebih bayaq skit janji selesa..kapal selam mau jaga jgn bagi ada dalam lubang..tu paling penting

    Reply
    • Tapi ada lagi yang tak reti nak tenggelamkan kapal selam sendiri..haha

      Reply
  • tandas awam RnR lebuhraya biasanya antara yang bersih, bayar takpe asalkan bersih dan tak hilangkan selera…heee

    Reply
    • Setuju. Tapi ada juga yang kotor bila waktu puncak dan musim perayaan…

      Reply
  • tengok waktu. kena musim sesak..mana-mana tandas pun hanyut gak. haha..

    Reply
  • betul sekali, bayar tidak apa-apa selama bersih

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *