April 19, 2024
Lain-Lain

Beruntung Warga Wilayah Persekutuan Ada RUMAWIP

Beruntung Warga Wilayah Persekutuan Ada Rumawip | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Rumawip.

Apa itu Rumawip? Rumawip adalah singkatan kepada Rumah Wilayah Persekutuan. Saya baca punya baca dan saya mendapati terdapat banyak pekara menarik mengenai Rumawip ini. Jadi saya rasa terpanggil untuk turut sama berkongsi dengan anda semua.

Rumawip adalah singkatan kepada Rumah Wilayah Persekutuan

Dalam suasana yang agak mencabar sekarang ini, banyak warga kota yang bersuara sukar untuk mereka mendapatkan rumah pada harga yang mampu milik. Dengan kepesatan ekonomi dan permintaan rumah yang semakin tinggi, sukar untuk golongan pertengahan mendapatkan rumah di bandar besar ini.

Jadi menjadi kewajiban untuk pihak kerajaan menyelesaikan masalah perumahan ini. Kerajaaan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif dalam menyelesaikan masalah ini dengan mewujudkan Rumawip. Semoga dengan pembinaan rumah ini, mampu memberikan lebih keselesaan kepada warga kota.

Menarik juga sebenarnya bila saya melihat Rumawip ini. Ianya cukup besar dan selesa dengan kawasan kejiranan yang terjaga rapi. Selain itu juga, ianya dilengkapi dengan kemudahan asas yang mencukupi seperti lengkap dengan fasiliti asas seperti kolam renang, gimnasium, taska, taman permainan, dewan serbaguna, kamera litar tertutup, sistem keselamatan 24 jam dan lot letak kenderaan setiap unit.

Ayuh! Ikuti lagi pembacaan anda kerana saya akan kongsikan apa lagi kelebihan Rumawip ini.

Siapa yang layak memohon Rumawip?

Rumawip ini merupakan rumah yang layak dimohon oleh sesiapa yang bergaji bawah RM10,000 bagi yang bujang dan bawah RM15,000 bagi yang berkeluarga, bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan semasa permohonan dibuat, selain sekatan penjualan selama 10 tahun untuk mencegah spekulasi hartanah.

Bagaimana untuk memohon Rumawip?
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Rumawip dan cara permohonan bolehlah melayari medium seperti di bawah
Kenapa perlu mohon Rumawip?

Anda perlu memohon Rumawip kerana ianya salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan sasar dalam mendapatkan rumah sendiri. Ini kerana harga yang ditawarkan cukup berbaloi dan mampu milik. Setiap unit RUMAWIP berharga RM300,000 dan ianya boleh dimiliki oleh sesiapa yang layak.

Apa yang menariknya, setiap unit rumah yang dibina di bawah program ini adalah berkeluasan dari 850 hingga 1000 kaki persegi. Keluasan ini merangkumi ruang tamu, ruang makan, 3 bilik tidur, 2 bilik air, dan ruang balkoni.

Dimana lokasi Rumawip?

Sudah namanya Rumah Wilayah Persekutuan, pastinya ia berada di Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Namun usah khuatir kerana lokasi pembinaan Rumawip ini cukup strategik.  Sejumlah 80,000 unit rumah mampu milik akan dibina di Wilayah Persekutuan menjelang tahun 2020 di mana 50,000 unit akan dibangunkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20,000 unit di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 10,000 unit di Wilayah Persekutuan Labuan.

Buat masa sekarang,  terdapat beberapa projek yang dibuka untuk permohonan. Antara projek tersebut adalah:

Untuk yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang projek yang lain bolehlah melayari medium seperti di bawah;

Rumawip

Jadi bagaimana? Menarik bukan Rumawip ini. Beruntung rakyat di Wilayah Persekutuan dapat menikmati tawaran sebegini.

Jadi tunggu apa lagi, mohonlah sekarang Rumawip ini dan dapatkan kediaman pertama anda yang selesa dan terbaik.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

44 thoughts on “Beruntung Warga Wilayah Persekutuan Ada RUMAWIP

  • Best tu. Kena apply sekarang ni. Peluang datang sekali je

    Reply
  • Bestnya la kalau dapat mohon.. Ada mcm2 kemudahan pulak tu yg diberi..

    Reply
  • Wow.. Mmg bagus RUMAWIP ni. Lepas ni warga WP bolehlah tersenyum lebar bila dapat dudul di rumah sendiri kan. Tak perlu nak menyewa lagi…

    Reply
  • Untung tau! Siapa cukup syarat, jangan lepaskan peluang. Rumah mampu milik nie.

    Reply
  • Kita register dengan RUMAWIP ni..Saja nak cari rumah yang mampu milik & mampu dibayor..Selalu kalau ada projek2 baru, pihak RUMAWIP akan maklumkan melalui e-mail kalau kita berminat…

    Reply
  • inisiatif yang bagus dlm usaha memberikan kemudahan perumahan yang selesa kepada rakyat…

    Reply
  • untuk orang bandar terutama KL, Putrajay dan Labuan. Kurang sikit bebanan nak beli rumah kan

    Reply
  • Wah, ada rumah murah kalau kawin takdelah tumpang rumah mertua atau parents sebab boleh duk rumah sendiri . Orang kl dah boleh ada rumah sendiri. Syoknya

    Reply
  • Bagus ni bantu siapa yg belum mampu beli rumah

    Reply
  • Saya dah tengok2 design rmh dia. Mmg cntik2. Harga plk berpatutan. Siapa yg berkelayakan haris mohon.

    Reply
  • Oh yang bekerja di kuala lumpur pon boleh? ingatkan yang lahir di kl sahaja dapat mohon.

    Reply
  • Ala.. kite warga selangor… Huhu.. nak cari shuben org KL la camni.. hehe

    Reply
  • Inisiatif yg sgt bagus buat warga kota terutama belia ntk miliki rumah diusia yg muda

    Reply
  • Rumah yang cantik, mampu milik. Rugi siapa yang layak di KL kalau tak mohon… 🙂

    Reply
  • Besar juga rumah RUMAWIP untunglah warga Wilayah Persekutuan.

    Ada beberapa fasiliti lain. Baru tahu ni

    Reply
  • Seronok dengar adanya RUMAWIP ni…bestnya kalau ada kat Ipoh ni

    Reply
  • Bagus untuk org muda. Boleh cari rumah yg sepadan dengan pendapatan dan kumpul aset di waktu muda

    Reply
  • Senang bamir nk beli umah nanti. Untung kita leh miliki rumah sendiri.

    Reply
  • bagus ada rumawip ni. apa lagi, warga KL yang layak bolehlah mohon cepat

    Reply
  • Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    Reply
  • peluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.

    Reply
  • Menarik juga rumah ni. Tak semestinya dah kahwin baru boleh mohon yang bujang pun boleh. Memang menarik la

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *