Ephyra Idaman Saya
Assalamualaikum dan salam sejahera buat semua pembaca blog saya yang dikasihi sekalian. apa khabar anda semua? Semoga semunya dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Dah tengok kan tajuk entri ini apa? Mesti ada yang tertanya-tanya apa itu Ephyra.
Waduh ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian. Usah hawatir ya, Ephyra itu bukannya nama cewek idaman saya. Saya masih solo. Bisa kok dijadikan calon menantu.. Sebenarnya Ephyra itu nama produk kecantikan. Tiada kena mengena dengan nama gadis idaman saya. Almaklumlah sekarang sibuk mencari siapakan gadis idaman saya selepas tertulisnya entri kontroversi ini.
Buat semua yang masih bingung dan tertanya-tanya apa itu Ephyra bolehlah rujuknya di entri ini. Dan untuk sepintas lalu Ephyra adalah.
[notice]Ephyra ialah sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen, yang paling sedap, dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato)yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.[/notice]
Lelaki pun boleh guna ker?
Zaman sekarang ini bukan hanya wanita sahaja yang ingin tampil jelita. Lelaki pun tak kurang hebatnya. Ada yang sanggup berhabis beratus malahan beribu sebulan untuk kecantikan sahaja. Saya pun mungkin berhabis lebih seratus sebulan untuk penjagaan kulit. Lelaki metroseksual mungkin. Metroseksual ya! Bukan homoseksual. Homoseksual tu memang kena rejam sampai mati..haha
Lepas membaca beberapa review yang ditulis oleh bloggger Kid dan Eyriqazz ini, saya terus terfikir untuk sama mencuba produk ini. Mungkin boleh mengembalikan seri wajah saya dan menjadikan tekstur kulit saya lebih mulus dan sekata. Untuk makluman, saya seorang yang amat aktif. Tengah panas hujan, ribut pun saya keluar juga berjalan-jalan. Sukar dikawal sungguh pergerakan saya ini. Sebab itulah kulit wajah saya sedikit tidak sekata dan adanya jeragat yang serius.
Macam comel jer,. macam cantik jer, macam comel jer…
[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Mesti kecantikan dalaman dan luaran juga terserlah.[/pullquote]
Hah! ini adalah wajah saya dari dekat. Tak mahu la dekat sangat. Takut ada yang pengsan nanti. Sebenarnya saya juga ada menggunakan beberapa produk penjagaan kulit yang lain. Namun itu adalah produk kegunaan luaran sahaja. Setahu saya Ephyra memerlukan kita untuk meminumnya. Mesti kecantikan dalaman dan luaran juga terserlah.
Kesihatan kita ni macam enjin kereta la. Kena servis selalu. Kena la bagi minyak yang terbaik. Baru tahan lama. Tak gitu? Macam tu la juga badan kita. Kena la ambil supplement yang terbaik. Dan mungkin Epyra adalah yang saya cari….
Oleh kerana itu sesuai kiranya untuk saya mencuba produk sebegini. Bro Eryqazz, boleh la berikan sekotak untuk saya cubanya dahulu. Mesti umphhh… Dan buat semua yang teringin untuk mengetahui apakah sebenarnya penulisan saya untuk kali ini, bolehlah menjengah ke entri ini.
Selamat mencoba!
Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.com dan ditaja oleh OceanLife2u.comÂ
olohhhh, kejut aku tgk gambar mu T_T
good luck wei
Join la etek… Jangan terkejut, nanti terbawa-bawa dalam mimpi
terkojut ambe nengok gambor ni..macam nak…macam nak..hahaha
eh, ada kontest?
hahaha.. Kan dah cakap akan terkejut punyer..
Jemput la join jugak
Semoga berjaya…
TQ
Selamat berjaya bro. 🙂
Terima kasih 🙂
hoho..hang dah cuba eh ephyra tu?
Belum.. MInggu depan baru start kot..hehe
Tahniah, anda antara 20 terawal join contest ini dan memenangi pek percubaan (10 sachets) ephyra..
E-mailkan ur name, blog url, phone number, dan alamat ke eyriqazz@gmail.com untuk diposkan hadiah…
Terima kasih abang Iman…
semoga berjaya…. berbaloi jgk kalau menang ni….
Tu la.. Doakan saya berjaya ya.. 🙂
Good luck semoga berjaya
Tahniah, anda antara 10 pemenang –> http://www.eyriqazz.com/2013/11/senarai-pemenang-contest-ephyra-idaman-saya.html
Hi all!
Berminat nak mencuba Ephyra?
Beli Ephyra dengan HARGA PROMO dan dapatkan FREE Body Shop shower cream 250ml / body butter 50ml!
Seriously, grab this GREAT deal! Sementara stock masih ada!
Assalamualaikum,
Mintak jasa baik akak untuk tidak spam ruangan komen saya.
Kalau akak nak promote barang jualan akak sekalipun tak perlu la di sini.
Mintak maaf la kak ya, dah banyak kali akak komen promote sebegini,
dan kalau nak promote pun, sila hubungi saya dan kita deal bebaik.
tak perlu la nak spam-spam gini.. 🙂
rasa macam mana?sedap tak??
Sedap la.. Ok la jugak..