Kerana nafsu aku tergoda, kerana nafsu kutewas jua. Kerana nafsu jua semua melayang.. Oh amirnawawi! Kenapakan imanmu begitu rapuh. Hari ini aku baru sahaja tergoda dengan tipu daya dunia.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca sekalian. Apa khabar? Salam Maal Hijrah untuk anda semua. Semoga amalan kita untuk tahun lepas diterima oleh Pencipta. Semoga tahun baru ini membawa sejuta makna dalam hidup kita.
Kerana nafsu aku tergoda, kerana nafsu kutewas jua. Kerana nafsu jua semua melayang.. Oh amirnawawi! Kenapakan imanmu begitu rapuh. Hari ini aku baru sahaja tergoda dengan tipu daya dunia.
Alkisahnnya, (baca macam baca puisi ya)
Pagi tadi aku agak kebosanan berada di universiti. Sunyi sepi kerana sekarang waktu cuti mid-semester. Semua pelajar pulang ke kmpung mereka. Namun aku dan beberapa orang sahaja yang ada. Oleh kerana kebosanan yang melanda, ku rancang sesuatu tanpa diduga.
[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”] Nafsuku membuak tanpa ku sekang, akhirnya aku kecundang tewas.[/pullquote]
Aku ingin makan namun apakan daya segala kafe dan gerai tidak dibuka. Namun ku gagahi jua ke Kuantan sana. Motor ku pandu laju tanpa bicara, semoga cepat sampai jua. Sampai Megamall ku cari Starbucks. Dari semalam ku mengidam Coklat. Ku pesannya cepat kerana penat, ku hirup cepat penuh semangat.
Ku teruskan perjalanan ke dalam mall. Setiap penjuru kelihat penuh. Sale dan potongan harga banyak bebenor. Ku rambang mata bagai dipukau. Oh! Baju kenapa begitu murah. Kasutnya juga murah bersepah. Nafsuku membuak tanpa ku sekang, akhirnya aku kecundang tewas.
Ku tahan nafsuku agar dikawal, tapi rupanya kasut itu lebih menghairah.. tu belum kulihat baju yang mengoda tak tahan. Ku sebat sehelai dua baju di tangan.. Ku bayar tanpa ku fikir, rupanya baju dah banyak di loker. Tu belum dipakai hanya disimpan, jadi hiasan zaman-berzaman..
Arghh! Ku tewas jua dengan nafsuku. Ikukan nafsu bukan kemahuan. Masih banyak baju di dalam simpanan, tapi yang baru juga aku berkenan..
Semoga tahun baru hijrah yang menjelma ini aku dapat mengawal nafus shoopingku. Simpan duit untuk bukak bisnes masa depan. Semoga semunya berjalan lancar. Teringin nak simpan duit banyak-banyak. Aku ni jenis tak boleh tengok duit, mesti nak habiskan..
AM: Semoga tahun depan menjadi seorang yang pandai berjimat cermat. Oh!
Nafsu hujung tahun memanglah begitu. Takpa ni dah masuk tahun baru, belajarlah mengekang nafsu shopping tu ya 😀
Eh, tak sangka ada juga lelaki di luar sana yang tak boleh tahan nafsu yang satu ni yek, Amir! Ingatkan orang perempuan aje yang meroyan bila nampak sale 😀
Nafsu membeli ni mmg sukar dikawal hehehe…
Setuju! Memang sukar dikawal
sama ler kita
klu tgk hok berkenan sikit,mudah benar terpedaya nak beli
Kalu berkenan tu keno beli selaluh la
haha..biasalah tu kalau tertewas maa..
Oh ya ka
aku pun senang nak kalah.. adoiii.. susah !
Memang susah kawal nafsu membeli nih.. Aiyooo
normalla tu..haha
Dulu lokasi kolej saya di Taman Shamelin Perkasa Cheras. Dekat sana selalu ada promosi factory outlet masa itu kami borong barang murah. 🙂
Nafsu hujung tahun memanglah begitu. Takpa ni dah masuk tahun baru, belajarlah mengekang nafsu shopping tu ya 😀
Eh, tak sangka ada juga lelaki di luar sana yang tak boleh tahan nafsu yang satu ni yek, Amir! Ingatkan orang perempuan aje yang meroyan bila nampak sale 😀
kalau dah minat.. tak boleh tahan…
Pingback: Zalora Penipu | amirnawawi