February 12, 2025
Lain-Lain

When a Boy Becomes a Man, and a Girl Becomes a Woman

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca sekalian. Apa khabar kalian semua. Tahniah buat pasukan bola sepak Pahang kerana berjaya memenangi perlawanan akhir malam ini. Walapun negeri kelahiran saya Kelantan tewas malam ni namun saya tidak begitu kecewa kerana sekarang saya berada di Pahang.

Entri kali ini mungkin entri luahan perasaan. haha. Pelik juga bila menulis entri pasal perasaan bagai ini semua. Tapi biarlah. mungkin sedikit kelainan pada entri kali ini.

When a boy becomes a man, and a girl becomes a woman

Pabila lelaki sudah menjadi dewasa, sebegitu juga perempuan, maka semuanya akan berubah.  Pabila mejejaki alam dewasa maka bermulalah fasa baru dalam kehidupan. Perasaan akan menjadi lebih mendalam dan mula meminati pasangan yang berlainan jantina. (ini berdasarkan apa aku belajar dalam subjek Introduction to Human Behaviour)

amirbackground2

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Jangan cuba mencuba memberi perasaan cinta pada wanita kalau tiada niat untuk menjadikan dia sebagai teman hidup[/pullquote]

Aku pun telah lama melalui fasa itu. Terkadang terfikir juga tentang perasaan ini. Namun sedaya upaya untuk tidak memanjangkan perasaan itu. Sedaya upaya juga untuk tidak developt perasaan itu kerana bimbang pekara yang tidak elok terjadi.

Bukan bimbang terjadinya bla bla bla, tapi takut ada hati yang terluka. Banyak dugaannya. aku bimbang I meet someone else then I forget about her so easily (bukan bermakna tak setia, tapi sebab ikatan perkahwinan tu masih tiada).

Tapi itu bukan masalahnya lagi. Masalah terbesar bagi aku ialah memastikan dia benar-benar menjadi BAKAL ISTERI aku. Jangan cuba mencuba memberi perasaan cinta pada wanita kalau tiada niat untuk menjadikan dia sebagai teman hidup. Itu cuba aku elak sekarang. Kerana ku tahu, selepas alam universiti ini akanku alami alam pekerjaan pula.

Biarlah wanita yang menjadi teman hidup aku itu memahami tugasku dan menjadi pelengkap kekuranganku. Tang tukang support tu yang penting. Setiap kejayaan seorang lelaki, pastinya ada seorang perempuan yang menyokong dari belakang. Namun perlu diingat, jatuhnya seorang lelaki juga disebabkan perempuan. Sebab itu kena betul-betul memilihnya,.

P/s: Sebenarnya tengah dilamun perasaan tapi cuba untuk sembunyikannya. 🙂 

Tapi tidaklah sampai buat video kapel seminggu/sebulan/setahun tuh.. wakakaka

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

17 thoughts on “When a Boy Becomes a Man, and a Girl Becomes a Woman

  • SIAPA WEII? KAU JANGAN BAGI AKU STALKER SATU PERSATU!

    MUAHAHAHAHA

    Reply
  • yup. setuju sangat… Jangan cuba mencuba memberi perasaan cinta pada wanita kalau tiada niat untuk menjadikan dia sebagai teman hidup…

    Reply
  • Betul, jangan beri harapan kalau tak berniat nak jadikan dia teman hidup. jiwo molep mung,haha

    Reply
  • Brace yourself. Love season is coming. Hehe.

    Cinta itu adalah fikrah manusia. Sebagaimana kita tidak dapat mengubah fikrah kejadian siang dan malam, begitu juga perihalnya dengan cinta.

    Reply
    • Setuju! Kawal diri, hiasi peribadi. Itulah yang terbaik buat diri sendiri…

      Reply
  • Oh, alahai! So sweet nak meluahkan perasaan tapi malu-malu lagi gitu. Kita berkawan aje dik, lepas tu barulah fikir siapa yang sesuai di hati kita. Kalau tak cuba mengenali mana tau itu mungkin pasangan kita. Tapi jangan main-mainkan hati perempuan. Kalau suka, kata suka. Kalau tak pasti, kata tak pasti aje. Kesian nanti si dia menunggu bagai nak rak, syok sendiri rupanya kita tak sedia lagi 😀

    Reply
  • Normal bagi seorang lelaki dan wanita ingin berpasangan. Saya tidak merasa untuk “bercouple”. Pilih dan terus kahwin. 🙂

    Reply
  • Pingback: Ephyra Idaman Saya | amirnawawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *