Hanya 32 Saat Untuk Mencari Pemandu Lori dengan Lalamove

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para penbaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaa  sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai hanya 32 saat untuk mencari pemandu lori dengan Lalamove.

Kita semua seringkali menghadapi pelbagai masalah dalam hal hal berkaitan pengangkutan tatkala pemindahan barangan dan juga penghantaran barangan yang besar.

Adakah anda menghadapi masalah logistik untuk memindahkan barang-barang yang besar?

Adakah anda kecewa dengan kekurangan maklumat dan tindak balas yang lambat dari perkhidmatan logistik?

Adakah anda sentiasa terpaksa mengalah dengan harga yang terlalu tinggi walaupun
anda telah berunding sebaik mungkin?


Kini tidak lagi dengan perkhidmatan lori Lalamove!

Tidak dinafikan, saiz sesuatu item itu penting terutamanya bagi para pelanggan yang sentiasa menguruskan penghantaran secara pukal untuk perniagaan mereka. Selepas mengambil kira maklum balas dari pelanggan-pelanggan mereka, pihak Lalamove telah memutuskan untuk memperkenalkan perkhidmatan lori bagi merealisasikan khidmat penghantaran untuk muatan yang lebih banyak dalam masa yang singkat. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, lori-lori 1 tan dan 3 tan pihak mereka telah bersedia untuk perkhidmatan penghantaran untuk sektor perniagaan dan juga untuk kegunaan peribadi.


Walaupun dengan kapasiti yang lebih besar, Lalamove berjanji akan memberikan hasil yang terbaik untuk memadankan pesanan anda dengan lori-lori mereka dalam masa yang singkat. Hasil daripada simulasi pesanan yang dijalankan semasa pelancaran perkhidmatan lori mereka di Lembah Klang, Lalamove bukan saja mencatatkan purata masa padanan sebanyak 46 saat, malahan masa padanan yang terpantas yang dicatatkan adalah 32 saat! Perkhidmatan yang pantas dan sempurna dari semua aspek adalah jaminan Lalamove kepada anda.

Tambahan pula, perkhidmatan lori mereka sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan peniaga atau pengguna yang lain-lain, sama ada untuk pengilang atau pemborong yang memerlukan kenderaan yang luas untuk penghantaran secara pukal atau hanya untuk memindahkan perabot ke rumah baru dan pejabat baru.


Berikut adalah kelebihan-kelebihan perkhidmatan lori Lalamove ini:
● Kos efektif: Harga bermula dari RM95 untuk lori 1 tan dan RM195 untuk lori 3
tan, bergantung kepada jarak
● On-demand: Pesanan fleksibel: Lori-lori Lalamove boleh disewa secara pra-tempahan atau segera untuk memenuhi penghantaran yang mendesak
● Fleksibel: Tiada kontrak jangka panjang jika ingin mewujudkan kerjasama logistik
dengan Lalamove
● Cekap: Akses ke jaringan pemandu-pemandu lori dan kemudahan untuk
mendapatkan pemandu dalam seminit
● Terjamin: Penjejakan GPS di dalam sistem untuk tujuan penjejakan barangan anda
● Responsif: Sokongan yang berterusan dari pihak mereka bagi memastikan semua penghantaran anda tiba pada masa yang ditetapkan
● Pengkhususan perkhidmatan: Pakej perkhidmatan penghantaran yang lengkap
dengan pembantu sehingga 2 orang untuk memudahkan penghantaran anda

Gunakan kod promosi “LALALORRY” untuk mendapat diskaun RM 50 untuk penghantaran dengan lori. Sah sehingga 15 November 2018 dan hanya boleh digunakan untuk penghantaran lori sahaja.

Untuk maklumat lanjut berkenaan harga, sila rujuk ke: https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/en/pricing

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

32 thoughts on “Hanya 32 Saat Untuk Mencari Pemandu Lori dengan Lalamove

  • October 23, 2018 at 3:42 pm
    Permalink

    lalamove memang logistic yang sungguh effective… great to find driver in 32 seconds… bravo to the brand..

    Reply
  • October 23, 2018 at 4:21 pm
    Permalink

    Ha..lalamove ni memang bagus dan cekap Mir. haritu yang dutch lady pun gunakan perkhidmatan lalamove ni. Diaorang hantar betul-betul sampai depan pintu..ekekekkee

    Reply
  • October 23, 2018 at 4:31 pm
    Permalink

    Dengan adanya aplikasi Lalamove tiada masalah lagi kepada pelanggan yang memerlukan pengangkutan pemindahan barangan dan juga penghantaran barangan yang besarkan.Semuanya dihujung jari sahaja.

    Reply
  • October 23, 2018 at 7:36 pm
    Permalink

    bagus lalamove ni…dah ada saingan yang sihat untuk penghantaran yang lebih personal kan..terbaik lalamove

    Reply
  • October 23, 2018 at 10:08 pm
    Permalink

    Sangat-sangat berbaloi dengan lalamove..sebab boss akak gunakan perkhidmatan mereka masa pindah rumah..murah pun murah..pekerja pun yg berpengalaman..x rugi siapa yang nak mencuba lalamove…

    Reply
      • October 25, 2018 at 10:53 pm
        Permalink

        Mudah ye sekarang, dah ada Lalamove lagi mudah. Boleh la guna waktu nak pindah barangan nanti. Senang dah kerja nanti. Takde tercari-cari lori nak pindah.

        Reply
  • October 23, 2018 at 11:29 pm
    Permalink

    Good info, sharing yang bagus.
    Lalamove sekarang makin dikenali, memudahkan pengguna yang ingin mencari pengangkutan untuk servis penghantaran.

    Reply
    • October 24, 2018 at 9:11 am
      Permalink

      Ya memang memudahkan dan konvinien juga. Mudah nak trace

      Reply
  • October 24, 2018 at 2:58 am
    Permalink

    Wahhh bagus ni..senang dh ada perkhdmatan ni..tak yah susah2 kalau nk cari lori nak pindah..call je lalamove.
    Nanti sis rekomen kat kengkawan mana yg nak gunakan perkhidmatan ni

    Reply
    • October 24, 2018 at 9:11 am
      Permalink

      Bagitau kawan kawan suruh bagitau kawan kawan yang lain..haha

      Reply
    • October 24, 2018 at 9:12 am
      Permalink

      Ya. Memang jimat. Kalau apply kod jupon tu lagi murah. Hehe

      Reply
  • October 24, 2018 at 8:39 am
    Permalink

    sgt bagus ni.
    inisiatif yg kreatif memenuhi kehendak pelanggan.
    teringat dulu kala, nak pindah rumah, dok mencari lori yg bersih utk angkut brg.
    after a week baru jumpa, amir…
    tu pun lori bonded yg sebenarnya bukan utk angkut brg.
    sib baik la brg tak besar2 sgt.

    Reply
  • October 24, 2018 at 9:03 am
    Permalink

    senang la ada servis ni..nak pindah mengejut tak payah sakit kepala..order jer…lagipun Nampak trusted jugak..blh rekomen kat kengkawan nanti

    Reply
    • October 24, 2018 at 9:13 am
      Permalink

      Memang trusted. Sebab sebelum ni ramai yang guna khidmat runner mereka

      Reply
    • October 24, 2018 at 2:53 pm
      Permalink

      Rasanya kalau Malaysia baru la juga. Tapi memang reliable. Servis dia tiptop

      Reply
  • October 24, 2018 at 12:23 pm
    Permalink

    Kat Sabah rasanya belum ada lalamove ni…first time dengar melalui perkongsian blog ni. Tq bro. Ini konsepnya sangat bagus sebab dulu pengalaman saya semasa hendak berpindah, sangat susah nak mencari perkhidmatan lori yang sesuai dari segi harga yang berpatutan.

    Reply
    • October 24, 2018 at 2:53 pm
      Permalink

      Ya. Buat masa sekarang mereka hanya beroperasi di Lembah Klang. Mungkin lepas ini diperluas seluruh Malaysia

      Reply
  • October 24, 2018 at 1:17 pm
    Permalink

    Seriously a great service Wei. I wanna try this for my new moving as well. So coincidence my friends looking for one

    Reply
  • October 25, 2018 at 6:55 am
    Permalink

    Terbaik. Dah ada 1 perkhidmatan khas macam ni. Memudahkan bakal pengguna la..
    So, siapa siapa yang perlukan peekhidmatan penghantaran mcm ni blh la cuba perkhidmatan ni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge