Kecil Namun Jelas Dengan Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1.

Untuk makluman semua, pada minggu lepas saya telah pergi ke majlis pengenalan Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 di Petaling Jaya. Pada majlis tersebut, pertama kalisaya telah melihat projektor ViewSonic M1 ini. Pertama kali lihat, namun hati saya terus jatuh melihatnya. Kecil dan kompak namun ianya cukup power sekali. Mana tidaknya, gambar yang dipancarkan cukup jelas dan menyerlah. Selain itu juga, terdapat fungsi lain yang pastinya menjadikan projektor ini ada dalam koleksi anda.

Serbelum itu tahukah anda, jenama ViewSonic ini mungkin biasa kedengaran bagi kita di Malaysia ini. Saya juga dahulunya pengguna produk ViewSonic ini sendiri. Pada fikiran saya, saya ingatkan jenama ini adalah dari Malaysia, namun sebenarnya ia berasal dari California!

Menurut Chaw Foo Hong, Pengurus Negara, ViewSonic Malaysia,

“Dengan projektor ultra-mudah alih M1 ini, ViewSonic berazam untuk berkongsi dengan pelanggan kami rakan kongsi yang terbaik sama-ada di rumah dan juga lokasi-lokasi lain. Kami mendapati bahawa pelanggan kami kini mencari cara yang senang dan versatil untuk menikmati hiburan berkualiti tinggi walaupun di rumah, terima kasih kerana peralihan teknologi di mana semuanya fokus ke peranti mudah-alih. Hiburan di rumah harus mencapai tahap yang serupa dengan hiburan di lokasi yang profesional. Dengan M1, ViewSonic berazam untuk menyampaikan kualiti gambar dan bunyi yang tinggi.”

ViewSonic M1: Teman Hiburan Terbaik

Untuk makluman anda semua, ViewSonic M1 dibuat dengan bateri yang telah tersedia, 16GB memori terbina dalam, dan teknologi LED yang tahan sehingga 30,000 jam penggunaan berterusan. Jadi tak usah kalian sibuk-sibuk nak mencari bekalan elektrik sekiranya pergi kemana-mana, kerana bateri ini boleh bertahan sehingga 6 jam! Ya, 6 jam! Anda boleh layan filem atau video anda sehingga 6 jam tanpa perlu untuk mengecasnya kembali.

Selain itu juga, sifatnya yang kompak dan mudah alih ini memudahkan ianya untuk dibawa kemana sahaja. Letak sahaja dalam beg galas anda, dan buka bila anda memerlukannya. Ianya cukup mudah dan menyenangkan terutama bagi yang telah berkeluarga. Tak perlu susah-susah nak mencari plug eletrik dan bekalan kuasa sebagainya.

Ia juga mempunyai lensa short-throw yang membolehkan imej yang besar dihasilkan di dalam lokasi yang kecil. Jadi sekiranya ruang anda kecil, jangan bimbang kerana imej yang terhasil akan menjadi besar. Selain itu juga, tapak pintar yang diintergrasikan membolehkan paparan 360-darjah, dimana pengguna boleh menayangkan multimedia mereka di dinding kosong ataupun pada siling. Sesuailah untuk anda menggunakannya ketika baring atau sebelum tidur.

Apa yang menarik perhatian saya adalah, M1 secara automatik akan buka dengan tahap kecerahan maksimum dengan serta-merta apabila lensa dibuka. Ianya juga tertutup automatik ketika  objek dikesan berada terlalu hampir dengan projektor. Menarik bukan? Maksudnya kalau ada anak anda yang berada di depan projektor ini, ianya akan tertutup sendiri. Ini kerana bagi memastikan sesiapa sahaja tidak terdedah terlalu hampir dengannya. Selamat!

Dwi-Speaker harman/kardon®

Ya! Anda tidak silap baca, kerana projektor ViewSonic M1 ini dilengkapi dengan speaker tersendiri. Jadi anda akan dapat menikmati pengalaman audio yang menyeluruh dengan dwi-speaker harman/kardon® yang menyampaikan bunyi yang dalam, kuat, dan memenuhi bilik secara 360-darjah. Tak perlu susah susah nak cari speaker yang lain apabila menonton filem. Pasang dan tonton sahaja!

Apa yang lagi menarik, jika anda nak dengar musik sahaja tanpa menonton, M1 bertukar dengan serta merta menjadi speaker harman/kardon® dengan hanya menekan satu butang sahaja. Tekan dan bunyinya bergema seluruh ruang. Boleh dijadikan speaker ya. Serius menarik.

Pilihan Sambungan Yang Pelbagai

M1 juga memberikan pilihan sambungan yang versatil untuk perkongsian video dan kandungan multimedia lain yang mudah. Ianya boleh disambungkan dengan:

  • Pacuan microSD yang terbina-dalam
  • Sambungan USB 2.0 dan USB Jenis-C
  • Audio keluar dan HDMI
  • Sambungan USB Jenis-C

Jika anda sambungkan M1 dengan telefon anda, anda boleh strim video langsung, FaceTime dan paparkan kandungan terus dari telefon ataupun tablet di mana jua mereka berada. Nak main game pun selesa weh! Dengan skrin yang besar macam ni, barulah puas hati nak berlawan permainan. Saya sendiri dah cuba, memang best dan begitu mengujakan.

Apa yang lagi menarik, M1 juga boleh disimpan terus data kandungan sehingga 16GB. Ini kerana M1 terbina dengan ruang simpanan dalaman tersendiri. Jadi maksudnya, tanpa elektrik, tanpa pendrive, tanpa speaker tambahan, anda boleh terus menonton video kegemaran anda. Pasang dan tonton sahaja. Bawa M1 satu sahaja, terus boleh digunakan. Tanpa perlu aksesori yang lainnya. Menarik dan mudah!

Harga dan Kebolehdapatan Produk

Untuk anda yang ingin dapatkan M1 bolehlah dapatkannya dipasaran dengan harga hanya RM1,349. Anda boleh dapatkan M1 di Lazada dan 11Street serta dari pengedar-pengedar yang sah.

Untuk berita lanjut dan informasi mengenai ViewSonic, lawati

Website: ViewSonic.com/my

Facebook: ViewSonic 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

39 thoughts on “Kecil Namun Jelas Dengan Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1

  • October 19, 2018 at 12:56 pm
    Permalink

    hari tu kawan sya ada beli..dan memang sangat senang nak tengok movie waktu malam…sambil berbaring di katil…lihat ja kat siling…hehe…tak tahu pun ViewSonic ni dari California…nampak macam brand asia jer…ingatkan dari China ..tq utk pencerahannya…hehe

    Reply
    • October 19, 2018 at 9:02 pm
      Permalink

      Ya. Jenama dari luar negara. Saya pun pada mulanya ingat jenama Asia

      Reply
  • October 19, 2018 at 1:51 pm
    Permalink

    Harganya juga mampu milik. Paling best sebab dia portable. Senang nak bawa ke mana2. Harga pun berbaloi juga. Menarik….

    Reply
    • October 19, 2018 at 9:02 pm
      Permalink

      yang memang berbaloi untuk sesiapa yang inginkan pengalaman yang baharu

      Reply
  • October 19, 2018 at 3:37 pm
    Permalink

    wah mcm menarik jugak yea ViewSonic nii, nampak sgt convenient, mudah digunakan dan worth the price! Tertarik betul bila stated baterinya tahan lama, speaker pon bagus, ada pelbagai jenis sambugan dan mcm2 lagi specification yg bagus2 tu hehe.
    Qeela baru jer tulis pasal..Fernleaf Milk : What Makes It 100% Trusted Goodness?

    Reply
    • October 19, 2018 at 9:03 pm
      Permalink

      Yang memang bagus. paling saya suka storage dan pasang terus tanpa plug

      Reply
  • October 19, 2018 at 4:36 pm
    Permalink

    kecik betul tuh, senang nak bawak ke mana saja. tapi yang sambil baring tengok movie kat sana tuh memang win betul lah!!

    Reply
  • October 19, 2018 at 4:52 pm
    Permalink

    1st time tgk projector kecik camni..biasa tgk yg besar je kn..senang la nk bw sbb tkde la makan space kn..jimat ruang gtu..walaupun kecik tp jelas paparannya

    Reply
    • October 19, 2018 at 9:04 pm
      Permalink

      Ya memang menjimatkan. Gambar yang disiar juga tidak kurang hebatnya,. Jelas

      Reply
  • October 19, 2018 at 4:56 pm
    Permalink

    I wish I could own one projector like that.. then can do many things and watch many movie at home… great and handy for presentation at work, too!

    Reply
    • October 19, 2018 at 9:04 pm
      Permalink

      Yes. you should have one. The price is also affordable

      Reply
  • October 19, 2018 at 5:57 pm
    Permalink

    Bestla ada projector mini macam ni ha..kalau balik kg lagi best..pasang je movie pancar kat dinding rumah..panggil anak buah and jiran lepak tgok movie kan…bestnya kalau akak dapat 1..anak buah ramai..selalu berebut nak tgok tv

    Reply
    • October 19, 2018 at 9:05 pm
      Permalink

      Kan. Sesuai utnuk family boding juga bila ada benda macam ni. Lepas reramai sambil tonton movie

      Reply
  • October 19, 2018 at 6:43 pm
    Permalink

    Bagus ni. Kecik. Portable. Bwk gi holiday, syok. Before tido mlm, pancar kat dinding hotel. Ala2 wayang gitu. Then, kalau reramai balik kampung hari raya. Dgn sepupu kecik besar tgk wayang. Memang best lah.

    Reply
    • October 19, 2018 at 9:05 pm
      Permalink

      Ya. Kalau TV tu kecik sangat, baik pakai ni. Satu rumah boleh tonton bersama

      Reply
  • October 19, 2018 at 7:01 pm
    Permalink

    Serius la size besar tu je? Part yang pancar kat atas tu macam best je. Boleh tengok movie kat bilik sambil baring-baring je. Nk bawa travel ke mana-mana pun mudah ni sebab kecik. Terbaik

    Reply
    • October 19, 2018 at 9:06 pm
      Permalink

      Ya. Memang sesuai untuk bawa travel macam mu. Letak dalam beg je. pasang bila kat hotel. Perghhh power

      Reply
  • October 19, 2018 at 9:43 pm
    Permalink

    Suka lah Amir dapat layan movie sorang-sorang kat dalam bilik dengan projektor yang kecil dan dapat tengok dengan puas hehehe kalau ada sekali speaker yang besar dan seround memang best layang movie ni…

    Reply
    • October 22, 2018 at 7:21 am
      Permalink

      Ya. Nak lagi best memang kena ada home theater sendiri. Tapi speaker built in dia pun dah ok sebenarnya

      Reply
  • October 19, 2018 at 9:58 pm
    Permalink

    wah jenama viewsonic ke ni.. kecil lagi.. yang ada sekarang projektor pon besar.. tq sharing ni

    Reply
  • October 20, 2018 at 2:01 am
    Permalink

    Comelnya projector tu.. klau liez dapat ni mmg seronok layan tengok.. anak2 la paling happy sebab gambar besar.. letak dalam bilik mau tak tido hihihi

    Reply
    • October 22, 2018 at 7:23 am
      Permalink

      Memang sesuai sangat untuk kanak-kanak. Ada safety features juga ni

      Reply
  • October 20, 2018 at 8:36 am
    Permalink

    menarik projector nih, berangan nak ada satu! nampak best jer boleh tengok macam-macam drama ikut keselesaan nak duduk dan baring wahhh nak meniarap pon boleh! ikut santai-santai kitala kan! sazi dia pon senang nak dibawa kemana-mana.

    Reply
    • October 22, 2018 at 7:24 am
      Permalink

      Betul tu. Saiz macam ni memang sesuai untuk sesiapa sahaja la. Nak guna macamana tu pun terpulang

      Reply
  • October 20, 2018 at 10:08 am
    Permalink

    Kecik, senang nak bawa ke mana-mana. Bagus betul. Kalau ada rezeki nak beli jugak ni satu untuk kegunaan family.

    Reply
  • October 21, 2018 at 8:18 am
    Permalink

    I need type of projector. Easy to bring for presentation as it small and light. Good for watching movie too.

    Reply
  • October 21, 2018 at 5:44 pm
    Permalink

    pergh comel betul tengok bentuk dia. Memang sesuai bawa pergi ke mana sahaja. Lagi best bila tengok movie, cerita kan guna ni. Macam tengok dlaam wayang gitu. Takyah tv besar2..hahaa..Bestla, buat belajar anak guna ni pun menarik

    Reply
    • October 22, 2018 at 7:27 am
      Permalink

      Yabg penting boleh pasang dan layan. Tak perlu bekala elektrik pun.

      Ada built in bateri sendiri yang tahan selama 6 jam

      Reply
  • October 23, 2018 at 10:50 am
    Permalink

    Best pulak rasa kalau tengok movie sambil telentang atas katil hahhaa..projector yang pasang kat syiling tu..paling best layan cerita seram wakakaka..yang penting senang kan nak bawa ke mana-mana sebab comel je menda ni.

    Reply
    • October 23, 2018 at 2:57 pm
      Permalink

      Ya memang best. Macam kat pawagam kan.
      Awak belilah satu.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge