November 10, 2024
Lain-Lain

Kenapa Pendapatan Dari Churp-churp Jatuh Merudum

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat-sihat dan hebat sekali pada hari ini hendaknya. Baiklah pada kali ini saya ingin berkongsi seidikit pandangan saya kenapa pendapatan melalui churp-churp merudum hari demi hari/klik makin berkurang.

Sebelum kita berbicara lanjut mengenai hal ini, sudilah kiranya anda telah mengenali apa itu churp-churp. Kenal dulu di sini dan fahaminya. Bak kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Begitu jua dengan hidup ini. Berbalik pada topik, kenapa pendapatan Churp-churp sekarang semakin kurang. Untuk memudahkan pemahaman, saya senaraikan butirannya memelalui bentuk point.

1-Ahli  Churp-churp semakin bertambah saban hari.

Kalau dulu, bila satu kempen disiarkan, ramailah yang bersemangat nak klik untuk mengetahui apa maklumat atau iklan yang disajikan. Namun sekarang, boleh dikatakan kebanyakkan  rakan fb saya telah mendaftar sebagai ahli churp-churp, maka semestinya mereka hanya focus akan iklan yang mereka sendiri siarkan dan tidak mengambil kira akan iklan yang orang lain siarkan. Senang cakap, kalau semua dah jadi tokey, sape nak jadi pengguna. Namun biarlah, the more, the merrier kan.

2-Persaingan dari syarikat pengiklanan lain.

Pengiklanan melalui internet merupakan salah satu teknik pengiklanan yang boleh dikatakan amat berkesan sekali marcapada ini. Oleh itu, churp-churp bukanlah satu kuasa dominan dalam bidang ini. Banyak syarikat lain mula muncul berlandaskan pengiklanan internet sebegini. Jadi keghairahan para pengguna untuk mengetahui akan iklan yang disiarkan agar terhad disebabkan banyak medium lain yang ada. Jadi mungkin mereka tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut akan iklan churp-churp ini.

3-Link yang seakan bersepah di wall atau timeline twitter.

Mungkin ramai yang ghairah untuk menjadi ahli churp-churp kerana terpengaruh dengan rakan namun tidak membaca undang-undang yang ditetapkan oleh pihak churp-churp. Ramai yang berkongsi iklan di facebook  berturut-turut. Maksud saya ialah semua iklan yang ada kat social share di churp-churp tu mereka share serentak. Pastinya penuh diruangan wall fb rakan mereka dengan iklan ini. Kewujudan iklan yang berderet-deret ini seakan-akan spam dan menjengkelkan mereka yang melihat dan seterusnya mengurangkan mereka yang mengklik link yang terpampang.

4-Fobia dengan perkataan churp-churp.

Ini saya rasanya paling teruk. Telah wujud dalam sesetengah pengguna facebook yan fobia dengan perkataan churp-churp. Bila timbulnya link churp-churp di wallfeed mereka, mereka terus beranggapan yang itu adalah sekadar iklan murahan. Tidak disalahkan mereka jugak. Mungkin mereka selalu kena sebelum ini spam link yang banyak oleh orang lain yang menipu dalam meraih klik. Lain yang ditulis, lain iklan yang keluar bila ditekan. Para pengguna mungkin muak dengan hal sebegini. Ini adalah sedikit survey dengan kawan-kawan saya, bila ditanya  tentang churp-churp, apa yang mereka jawab ialah,’ Ni mesti iklan la ni, tak de kerja lain ker nak share. Benci betul aku.”

5-Virus dan spam yang bermaharajalela di ruangan social

Facebook semakin hari semakin banyak spam yang ada. Tak kurang juga virus yang membiak dengan banyakannya. Ini diakui umum. Mark Zurkeberg mungkin dah banyak kali menukar interface fb dan menambahbaikkan keselamatan fb namun masih tidak dpt menangkis serangan manusia yang lain yang bertindak liar di alam siber ini. Ramai pengguna internet seakan fobia untuk mengklik sebarang link sekarang kerana takut terklik link virus ini hatta link churp-churp! Memang menyedihkan saya. Saya sekarang sendiri pun takut untuk mengklik link-link yang terpampang difacebook  kerana dikhuatiri ianya link-link liar.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 

Semua sebab diatas adalah berdasarkan pemerhatian serta sedikit soal selidik terhadap kawan-kawan saya. Kalau dulu memang lumayan jugak yang dapat, namun sekrang seakan tidak bergerak amaunnya. Nasib baiklah churp-churp ada social seeding yang mampu membantu.

Tapi ramai juga yang masih mendapat banyak melalui churp-churp iini. Ramai jugak yang menggunakan cara yang salah. Ayat yang dikeluarkan lain dari iklan yang disiarkan, spam link kat fb rakan, memaksa orang untuk klik, menggunakan pemendek link, dan sebagainya. Bagi aku biarlah mereka nak buat sebegitu, tapi prinsip aku biarlah apa yang aku dapat melalui jalan yang telah digariskan.

Undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak churp-churp  itu seakan akad dalam perniagaan. Jikalau kita melanggarnya, seakan kita tidak menepati urusan perniagaan itu dan hukumnya semua telah sedia maklum bukan. Yang halal itu walapun sikit adalah lagi baik. 🙂

Namun aku sentiasa menyokong iklan-iklan yang disiarkan oleh churp-churp. Memang menarik dan aktiviti yang mereka jalankan juga sama-sama aku turut serta bagi menambah lagi rakan serta hadiah. Memang lumayan jugak. Movie screening,  churpout and so more activities. Let join together. Pesanan aku kepada rakan-rakan yang lain, biarlah kita siar iklan mengikut garis-garis yang ditetapkan agar pengiklanan melalui internet ini menarik serta tidak menyakitkan hati orang lain.

AM: Bila agaknya nak join churpout ni? Teringat lagi aku menari di Churpout pertama kat Marks Place aritu. Sakit badan aku bila sampai umah..haha3. tapi seronok betul rasanya.  🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

22 thoughts on “Kenapa Pendapatan Dari Churp-churp Jatuh Merudum

  • lama tk singgah blog amir…pekabor amir? hehe…dah bc.nice info

    Reply
      • akak sihat je. huhu~ tgk blog la….huhu~ makan je keje nye

        Reply
        • Bestnyer tgk akak makan2.. Makan kat Bangkok house tu cam best jer.. Untunglah akak..haha3

          Reply
  • Pergh! RM200 sebulan tuh.. tapi rasanya kempen churp2 tak bnyak pom… Maksimum satu kempen pom rm10 jer

    Reply
  • ermm….bersimpati dengan nasib anda. saya tak minat ngan churp2 nih…akaun tu ada tapi macam saudara katalah …nufnang pun dah saya hentikan disebabkan kurangnya iklan asyik2 keluar iklan churp2 je. tapi saya yakin ada jalan lain untuk buat duit online…dan perkara pokok nya ialah trafik. kalau kita ada beribu trafik atau berjuta trafik …kita tak perlu bimbang…atas platform manapun kita boleh hidup.

    Reply
  • maya mustwany

    betul kata syarih..nuff pun hanya paparkan churp2 je..
    mas tunggu penuh,maybe akan clash gak.

    Reply
    • Amir takkan clash nga diorang nih. Banyak jugak menolong amir selama nih.. hehe3.. Aku masih setia. 🙂

      Reply
  • ado buat case study dok?hehe

    makin lamo makin slow neh..doh la dapat hamper je..haha

    Reply
  • rasanya semua points tu betul. lagi2 yang last, disebabkan banyak link spam yang ada malware, iklan churpchurp ni pun terkena tempiasnya. berdasarkan pengalaman, iklan melalui entri blog lagi berkesan tapi nak mengarang tu kena take time sikit.

    first time dengar perkataan marcapada hehe

    Reply
  • aku lepas hantar tiket ke churp2 dpt satu je social seeding..dpt la rm1.86..hua3..

    Reply
  • Macam dah jadi satu tren pulak sekarang, bila nampak iklan je orang lari. Kalau kat tv pun camtu. Nampak iklan je tukar channel. Mungkin sebabtu pendapatan menurun.

    Reply
  • haha..aku tak layan sangat. tapi kalau ada..aku terima aje..

    Reply
  • assalam, singgah blog bro…

    harap dapat membantu…

    nak buat ape yer dengan social seeding… hehehe…. sy kalau dapat social seeding ni…sebelum ni, abaikan jer…. nak kena karang ke ape…?

    nuff sy dah tinggalkan dan beralih ke advert, alhamdulillah lg kencang… (“,) churp2x atas usaha kita promote (“,)
    tq…

    Reply
    • Social seeding ni hanya karang ayat jer. Memang mudah. Pastu dia akan otomatik keluar kat timeline twitter kita. 🙂

      Reply
  • Nampaknya perlu cari trick baru untuk menjana pendapatan dengan ChurpChurp.

    Reply
  • contoh mcm ni… dalam circle friends kak jie ada 20 org dan 10 daripadanya akan share benda yang sama. Jadi – perlu ke klik 10 utk tahu benda yg sama. mesti klik sekali aje..atau tak klik langsung sebab dah tau apa benda tu semua…dah tersebar

    kita biasanya nak klik benda yang kita belum tau…gitu agakanya

    Reply
    • Kalau klik 10 pun, satu jugak yang dikira kan. Jadi mungkin sebab tu la sikit dia punya earning ni..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *