«

»

Feb 11

Kursus Kepimpinan Khas Mahasiswa Kelantan 2012

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Yeah! Aku sudah kembali ke universiti. Oleh yang demikian mudahlah untuk aku mengemaskini blog aku nih. Kalau sebelum nih, cuti semester, blog aku pun turut bercuti bukan.

Hari ini aku nak bercerita sedikit mengenai Kursus yang aku sertai dalam cuti semester hari tu. Pada 3-5 Februari hari tu aku pergi Kursus kepimpinan  Khas Mahasiswa Kelantan di Sweet Beach Resort Tok Bali. program ini dianjurkan oleh Himpunan Mahasiswa Kelantan (HIMSAK).  Memang menarik juga la kursus nih. Happening betul-betul. Sangkaan aku program macam nih membosankan namun sangkaan awal aku meleret. Jom ushya gambar jela yer. Aku malas nak menulis.

Kusyuk mendengar penjelasan kumpulan

 

Bersiap sedia untuk poco-poco

Aku hanya mamputengok sebab aku tak mahir poco-poco..hehe

Aktiviti mengutip sampah di pesisiran pantai

Selesai mengutip sampah..

Ketibaan Datuk Seri Mustapha, Penaung HIMSAK (cer cari mana aku..haha)

Mendengar sedikit ucapan dari Dato Pa

Melaungkan kaa-kata semangat bersama Dato Pa

Bergambar bersama S/U Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Azmi

Banyak jugak input yang aku dapat dalam kursus ini. Dapat berjumpa Dato Pa ni pun kira satu bonus. Dulu masa aku belajar kat MRSM Jeli tu selalu la jugak jumpa beliau kat masjid atau beliau datang melawat maktab aku. Lepas tu jarang dah jumpa sebab aku dah tak duduk kelantan dah. Apepun kepimpinan Dato Pa memang terbaik. Tak dapat disanggah lagi. Aku mendewasa di bawah kepimpinan beliau. Almaklumlah 5 tahun aku dok Jeli. Melalui zaman dewasa di Parlimen dia. Dapat la tengok perubahan apa yang dia buat dekat Jeli tu. (bila nak ubah Machang plak nih..haha3)

AM: Harap-harap dapat turut serta lagi dalam program seperti ini untuk menambahkan kenalan serta ilmu. :)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About the author

amirnawawi

Seorang pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di salah sebuah Universiti tempatan. Anak Ke-5 dari 7 adik beradik. Seorang anak muda yang sempoi dan sentiasa optimis. Mempunyai azam yang kuat untuk berjaya. Sentiasa komited untuk mencapai ape yang diidamkam. No Pain, No Gain

6 comments

  1. Amirez

    sweet beach resort rupanya. patutlah macam kenal dewan ngan pantai tu hehe. pernah buat program kat situ dalam 2, 3 tahun lepas. program untuk staf2 Risda kalau tak silap
    Amirez baru jer tulis pasal..Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog

    1. amirnawawi

      La, oghe Kelate jugok ko? hehe3..

  2. Amirez

    mok ayoh ore kelate :)
    Amirez baru jer tulis pasal..Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog

    1. amirnawawi

      hok aloh. Ingatkan demo oghe kelate sakni..hehe3
      Mok ayoh oghe kelate pom kiro ok la.. :)

  3. madammondoq

    eh.. dah lama tak pergi kursus macam ni.. rindu pulak..
    madammondoq baru jer tulis pasal..Untuk Peminat Tegar Bola : Euro 2012 ‘Unmissable’ di ASTRO

  4. asya

    huuuuuu amir org kelate rupanya? huhu..senegri with neelofa hek..hihi
    asya baru jer tulis pasal..Banyaknya hadiah Neelofa !!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge