December 11, 2024
Hal-hal Semasa

Pelancaran Buku ‘Gaya Untuk Berjaya’ oleh CuteCarry

Pelancaran Buku ‘Gaya Untuk Berjaya’ oleh CuteCarry | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai majlis sambutan hari raya dan pelancaran buku ‘Gaya Untuk Berjaya’ oleh CuteCarry.

Untuk makluman semua, CuteCarry merupakan nama timangan kepada Tuan Hafiz Mustapha. Tuan Hafiz merupakan seorang pakar perunding imej yang terkenal di Malaysia. Namanya cukup dikenali kerana sering kali muncul di kaca televisyen untuk berbicara soal penataan gaya dan juga imej.

Berkecimpung dalam bidang ini sejak beberapa tahun yang lalu menjadikan beliau cukup berpengalaman dalam bidang yang diceburinya ini. Sebelum ini beliau merupakan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Namun minat mendalam dalam bidang ini menyebabkan beliau meneruskan kerjayanya dalam bidang ini. Berpesonaliti ceria dan happy go lucky membuatkan Tuan Hafiz mudah mesra dan rapat dengan ramai orang.

Ok! Mungkin itu sedikti pengenalan untuk tuan hafiz.

Sambutan Hari Raya & Pelancaran Buku ‘Gaya Untuk Berjaya’

Pada penghujung Syawal yang lalu, telah diadakan majlis sambutan hari raya dan juga pelancaran buku daripada Tuan Hafiz sendiri. Ianya telah diadakan cukup meriah di pejabat urusan CuteCarry sendiri di Puchong.

Terdapat ramai hadirin yang hadir pada majlis tersebut. Tidak kira dari para klient, kenalan, orang ramai, media dan juga ahli keluarganya sendiri. Dihidangkan dengan makanan tradisi Melayu pastinya membangkitkan lagi suasana raya.

Majlis teruskan dengan sesi pelancaran buku Gaya Untuk Berjaya. Tetamu jemputan dan keluarga Tuan Hafiz dijemput ke atas pentas untuk upacara perasmian. Perasmian cukup signifikan dengan kehadiran orang-orang kuat yang menyokong Tuan Hafiz selama ini.

Majlis potong riben dilaksanakan dan diteruskan dengan sesi menandatangani plag di pentas utama.

Buku ‘Gaya Untuk Berjaya’

Buku ini adalah buah tangan pertama dari Tuan Hafiz untuk semua yang telah banyak menyokong beliau selama ini. Buku ini juga adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia ini. Kiranya menjadi sesuatu yang cukup ekslusif jika anda memiliki buku ini kerana terdapat pelbagai pekara yang terkandung di dalamnya.

Antaranya adalah formula ABCD iaitu:

  • A = Appearance (Penampilan)
  • B = Behavior (Kelakuan/Protokol & Etika)
  • C = Communication (Komunikasi)
  • D = Development (Pembangunan Diri & Motivasi)

Tidak hanya dengan itu, terdapat beberapa bab terkadung dalam buku ini iaitu:

Bab 1:

Berubah atau Tidak

Bab 2:

Etika Berpakaian

Bab 3:

Aksesori Dalam Berpakaian

Bab 4:

Pemilihan Pakaian Berdasarkan bentuk Badan

Bab 5:

Rambut dan Tudung

Bab 6:

Kebersihan Diri

Bab 7:  

Warna dan Kulit

Bab 8: 

Protokol dan Etika

Bab 9:

Cara Berkomunikasi

Terbaik bukan? Untuk mengetahui lebih lanjut setiap bab bolehlah mendapati sendiri buku ini.

Harga untuk buku ini hanyalah RM50 untuk Semenanjung Malaysia dan RM53 untuk Sabah Sarawak. Saya jamin harga yang ditawarkan adalah cukup berbaloi untuk dimiliki dengan segala jenis macam ilmu tentang tatacara penjagaan diri dan imej yang terdapat dalam buku ini.
Kami sudah mendapatkan buku ini, anda pula bagaimana? 🙂
Apa yang lebih menarik, untuk anda yang membeli buku ini sekarang, anda akan berpeluang untuk  memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu jam tangan Karl Lagerfeld daripada pereka fesyen terkemuka Chanel dan Fendi.
Website :
Facebook :
Instagram :
Emel :
Whatsapp :
019-3376807
Contact :
03-89406807

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Pelancaran Buku ‘Gaya Untuk Berjaya’ oleh CuteCarry

  • Kalau dilihat bagus juga kandungan dan intipati buku ini, InsyaAllah nak dapatkan satu naskah nanti

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *