October 4, 2024
Hal-hal Semasa

Sultan Kelantan Bakal Berkahwin

Alhamdulillah, bangga aku rasa  bila aku baca yang Sultan Kelantan ku yang terchenta, Sultan Muhammad V telah bertemu jodoh. Syukur. Sultan Muhammad V ni memang terkenal la dengan sifat zuhudnya baginda. Seorang raja yang cakna dengan keadaan rakyat baginda serta memang gemar dengan aktiviti keagamaan yang dijalankan. Baginda memang baik la bagi pandangan aku. Bangga rasanya aku jadi seorang rakyat Kelantan yang mempunyai Sultan yang berjiwa rakyat macam nih.

Berita nih aku baca dalam laman web Malaysiakini.Korang yang nak baca bolehlah tgk kt bawah nih,

Kelantan bakal menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin.Dalam satu sidang akhbar khas di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam bagi mengumumkan mengenai pelancaran Yayasan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, Sultan Muhammad ditanya sama ada baginda akan berkahwin dan sambil tersenyum, menjawab: “Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul.”

Sultan muhammad V

Sultan Muhammad, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai “saya” atau “kita”, berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.

“Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya,” titah baginda.

Sultan Muhammad, yang dimasyhurkan pada 13 Sept tahun lalu, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Baginda, yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah, adalah putera sulung Sultan Ismail Petra.

Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata.

Aku sebagai seorang rakyat biasa berdoa agar tuanku diberikan pendamping hidup yang solehah serta sejuk mata memandang…Amin.

AM: Alhamdulillah, lepas nih Kelantan akan ada Permaisuri la. Semoga Tuanku bahagia selama-lamanya..

 

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Sultan Kelantan Bakal Berkahwin

  • wooo. aku tahu nie. hehe. selamat pengantin baru baginda. wee~

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *