Taman Sari Royal Heritage Spa, Spa 5 Bintang di Resorts World Langkawi
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai pengalaman ringkas ke salah satu tarikan yang ada di Resorts World Langkawi lepas.
Untuk makluman semua, di Resorts World Langkawi terdapat pelbagai jenis kemudahan di dalam kawasan hotel untuk dinikmati oleh para pengunjung mereka. Segala kemudahan ini disediakan untuk keselesaan para pengunjung yang menginap di sini.
Salah satu kemudahan yang ada di sini adalah perkhidmatan spa. Spa di sini adalah Taman Sari Royal Heritage Spa iaitu salah satu rangkaian spa yang berasal dari Indonesia. Untuk makluman, spa ini merupakan francais dari Indonesia yang menggunakan produk Mustika Ratu dalam perkhidmatan mereka.
Semua sudah sedia maklum akan keberkesanan produk Mustika Ratu dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Jenama ini sudah lama menjadi buah mulut di Indonesia hatta di Malaysia juga. Spa yang menggunakan segala peralatan yang dibawa khas dari Indonesia ini menjadikan perkhidmatan spa di sini amat kondusif untuk pengunjung.
Segala peralatan dan juga bahan yang digunakan di sini adalah di bawa terus dari Indonesia. Hatta perhiasan di dalam spa ini!
Segala pekerja di dalam spa ini adalah terlatih dan juga di datangkan khas dari Indonesia. Ianya merupakan salah satu standard yang ditetapkan oleh pihak Mustika Ratu dalam francais spa mereka.
Berikut merupakan pakej yang ditawarkan di Taman Sari Royal Heritage Spa ini.
Untuk menu pakej spa yang ditawarkan pula bolehlah berkunjung ke laman web rasmi
mereka dipautan ini.
Beruntunglah sesiapa yang menginap di Resorts World Langkawi dengan adanya kemudahan in-house spa sebegini. Harga berpatutan dan servis yang selesa.
Untuk tempahan bolehlah menghubungi mana-mana medium di bawah
Reservation Enquiries :
Comments and Feedback :
Pingback: Resorts World Langkawi Kini Berwajah Baru dengan Pelbagai Tarikan Menarik - AMIRNAWAWI