HyppTv Punyer Parti Dengan Nuffnang

(Updated 19 May 2011)

Video khas untuk HyppTV Bloggers Party

 

Ok untuk entri kali nih aku nak story pasal event malam tu la. Kalau entry sebelum nih aku cerita pasal hadiah kan. Hah untuk entry kali nih aku nak story sket pasal pengisian pada malam tuh.

Ramai jugak la blogger yang datang pada malam tuh. Kalau ikutkan tema kena pakai brdasarkan karektor Hollywood pilihan sendri. Tapi aku redah je pakai apepom.Actually, my feveret charater is Man in Black.ho3.. Tapi untuk best dressing leh dapat hadiah tau. Memang gempak la  hadiah dia.. jeles aku kejap. Kat bawah ni gambar pemenangnya,

Pakaian terbaik lelaki

Ni gambar pemenang best dressing untuk male.. Bro Eyriqazz.. Best male dress tuh.. Memang gempak la.. Tu untuk lanun lelaki. LAnun wanita pom ade jugak tau. Siap leh menang untuk kategori wanita lagi. Huh, memang terbaik lah lanun2 untuk malam tuh.

Pakaian terbaik Perempuan

Atas nih gambar untuk pemenang wanita la. Yang gambar lain2 tu aku tak tangkap sebab ade sedikit prob ngan kamera..(he3 alasan).

KAt situ jugak aku jumpa ramai blogger lain. Yang paling best dapat jumpa MadamMondoq yang lawa nih. Akak nih memang baik la. borak2 pom best ngan dia. Terjah la blog dia sama ek kat sini.

Yang nih bersama Abang Nara. Alaa yang tulis blog beautifulnara tu la. Nak tau gosip artis terbaru boleh la tanya dia nih..he3.

Abang nara

Tak terlepas gak aku ambik gambar ngan krew pada malam tu. Memang lawa banget pakaian diorang semua nih.

krew Nuffnang

Dah habis event nih pom ak still bergambar lagi nga si cantik manis blogger Farah Soraya nih. Baru Form 5 kot. Posing habis la aku..hak3. perempuan cantik dok tepi la katakan..(gurau je cik farah)

With Miss Farah Soraya

Apepom, aku rasa yang event malam tu memang best. Dapat gak la aku jumpa2 ngan bloggers baru. Dapat la tambah kawan ngan pengalaman. Aku jugak dpt jugak la sedikit info baru tentang HyppTv nih. Alang-alang sebut pasal hyppTv nih, meh aku nak cerita sket kt korang tentang HyppTv nih.

Sebelum nih aku dh cerita kan pasal HyppTv nih kan. Kalau yg belum baca tu blh la jenguk kt sini. Memang best HyppTv nih. Meh la aku cerita lagi kt korang. Tapi channel yang paling aku suka sekrang ialah Upin dan Ipin.. he3..terkejut bukan? Channel ni pom ade la. Rancangan feveret aku tu. Walaupom aku ni dh besar, rancangan tu memang menarik tau.. terbaik la. Aku suka sangat ngan rancangan tu. Betul, betul, betul..he3. Tapi ape yang paling best is their interactive channel yang lain daripada yang biasa ada kt astro. Games dan Waktu solat tu memang saya dh suka la. Sebab saya memang suka main games nih.

AM: Agak-agak bila la Unifi ni nak ada kt rumah aku. Dah xsabar rasanya nak merasai sendiri benda nih

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

15 thoughts on “HyppTv Punyer Parti Dengan Nuffnang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge